im a kampung boy

Friday, April 29, 2011

kereta yang ni satu, yang tu dua.

Assalamualaikum Wbt. kepada semua pembaca pembaca *moov* apakhabar? diharap semuanya berada dalam keadaan siat sejahtera. pertamanya, kepada semua pekerja pekerja diluar sana, selamat menyambut hari buruh pada hari AHAD ini, dimana cutinya jatuh hari ISNIN nanti. jadi, alang alang dah cuti, banyak masa terluang tu, datang lah blog aku ni nanti! hahaha. abaikan aku.


so today as i am writing, my parents are not at home, they were out to my auntie's house, which were situated just in front of my house here. they went there to help my auntie and uncle for their one and only son's wedding. the wedding will be held on SUNDAY. so, what the fishhh am i talking about? whats the relation about my cousin's wedding and this damn bloody boring blog? ouuhhhhhooo. there is a very big connection there actually. i am actually bloody annoyed with this weeding! yeah! HAHAHA, dont think that i say it, because i have crush at either one of the bride. NO. but i dont like what they are doing. wanna know why? because they are doing things that MALAYS often do.


apakah? okay, aku sebenarnya, tak suka kalau orang kahwin, sebelum bekerja tetap. orang melayu selalu macam ni. lelaki, mahupun perempuan. sebenarnya, dah boleh kerja dulu, simpan duit sikit sikit kan? supaya kahwin, mampulah nak tanggung anak bini. ini, umur baru 24. tidak bekerja tetap, lagi mahu kahwin anak orang. kalau macam anak orang kaya, anak Dato' pon aku akan kondem kahwin tanpa kerja, inikan kalau mak ayah tu pun dah tua, sakit, harta tak banyak. kau lagi nak kahwin. masa kecik kecik taknak lah pulak belajar pandai pandai sampai boleh kaya dalam usia muda, dan kahwin. abang abang, kalau nak kahwin umur muda tu, takda yang larang, tapi, silalah kumpul duit dulu. sebenarnya, aku kesian kat mak ayah dorang ni. mak ayah dorang yang kena pinjam sana pinjam sini nak buat kenduri. lepas tu, sampai wang hantaran pun pinjam orang. setahu akulah, ISLAM tak memudaratkan umatnya. jadi kenapa nak kahwin jugak kalau sampai kau memudaratkan mak bapak korang??? eh, mak ayah tupun, awak belum sempat tanggung lagi, awak dah nak berangan tanggung anak orang, kenapa? banyak melayu macam ni sebenarnya. gatal sangat! tapi kerja tak mahu.


lagi satu yang aku tak suka. perangai melayu yang suka berlagak. kenapa aku nak cakap macam ni? okay, sebenarnya aku tak suka orang melayu yang baru dapat kerja 2bulan, dah sibuk nak beli kereta itu, beli kereta ini. sedangkan, kau belum stabil lagi. kerja pun, masih staf percubaan lagi, tapi dah bangga balik kampung dengan kereta baru. hah, kalau mentaliti orang melayu mesti akan cakap, elehh,kau yang tak mampu, kau jeles, kau cakap lah banyak. HAHAHA, tidak, mungkin aku mang tak mampu, tapi kalau aku mampupun, aku takkan buat begitu. kau orang tak malu ke? kalau tiba tiba duet makan korang tak cukup nanti, baru pakai kereta 2 3 bulan, dah kene tarik? tak malu? okay, kalau aku, aku malu.aku rasa lebih baik kalau tetapkan dulu kewangan korang tu, bukannya nak belagak semata mata.


kan lagi elok kalau gaji pertama kedua mahupun ketiga tu, extra extra tu, kau orang bagi kat parents korang? kan? dari terus nak meloncat nak beli kereta. kalau betulpun, betul2 perlukan kenderaan, dah bolehlah beli motor. baiklah, aku tak nafikan kalau itu betul betul satu keperluan, takpelah. akupun takde hak nak cakap. aku just kondem yang niat utamanya tadi untuk belagak. aku ada kawan, dia ni ISLAM , tapi ada darah cina. okay, aku respect gila kat dia ni wokkk! kenapa aku respek? okay, dia adalah manager di sebuah tempat franchise ni lah kan, gaji dia, adalah tolak campur 4ribu RM plus plus kan. dah lama gak dia bergaji begitu. nak kata takde lesen kete, ade je. tapi die hanya ada motor je. aku pernah tanya tanya dia, asal dia taknak beli keta, padahal tempat die kerja ngan rumah dia jauh. dia senyum je, dia kata dia taknak membazir, duit tu, macam macam boleh buat. simpanan semua. satu lagi, dia semuda tu, dah beli insuran. ada orang melayu muda muda terpikir nak beli insuran? takda aku rasa, yang ada tu, aku salut! mang korang awesome. insurans kesihatan, atau apa apa insurans ni, banyak untungnya. first, kalau korang pilih plan yang elok, semua bayaran insuran korang tu, boleh buat jadi simpanan kalau tak guna. second, kalau korang tak sihat, emergency, takde cash dalam tangan, kad insurans tu sangat berguna.


so, itulah, aku tak kata aku perfect, kadang kadang ada antara entri yang aku buat ini, berdasarkan kesilapan aku jugak. aku harap korang faham ini just apa yang aku rasa. bukan nak kutuk kondem orang je. so thats it from MY POINT OF VIEW.



Wednesday, April 27, 2011

jangan tanya, sapu tahi di muka.

Assalamualaikum Wbt. hello guys! okay, first, maaflah jarang update skg, aku sibuk. jadi aku ada entri yang sangat awesomehhh! 

ini WINNNNNNNNNNNNNN! butthurt siot.




okay, aku senanye, tahu bile korang baca je tajuk video ni ramai yang off tab. HAHAHA, sila jangan, ini bukan kerana politik. ini cuma nak menunjukkan perbezaan orang berilmu dengan orang bangak.tak perlu senanye berkopiah berpelekat, untuk jadi awesome macam ni. kadang kadang kalau dah terlebih belajar tinggi sangat pun, soalan boleh jadi sebodoh ini.


soalan bodohnya ialah, adakah releven lagi talkin mengatakan nanti dalam kubur ada cacing memamah tubuh kita, sedangkan sekarang dekat kawasa perkuburan dah tak banyak cacing. ffuuuuuuuuu? dahtu nak soh tuka ayat Quran ke??


entri ni dah boleh selang selikan dengan corus lagu what the hell are you talking about by dani shay.


gila siaaaa. -.-" aku gelak guling2 dengar benda ni. serius tegak ke batang hidungg. korang tgk muke2 yang bertanya muke butthurt siot! the moral value of the story is, jangan banyak tanya, kalau tak tahu ape yang korang tanye. ini dah macam sapu tahi ke muke sendiri! thanks to @sayang for the tweetips. vid nie mang awesome! thats all for today from MY POINT OF VIEW.

Monday, April 25, 2011

jangan putuskan, tak akan berjaya

Assalamualaikum Wbt. hello semua pembaca aku. macam mana hari kalian hari ni? thanks datang blog dan baca. aku sebenarnya baru lepas tengok cerita CUN. korang tahu cerita tu? best sebenarnya cerita tu. bukan sebab cinta, but sebab kasih sayang FAMILY. aku ni sorang family person. jadi hari ni aku nak cerita tentang keluarga. after tengok cerita cun tadi, aku dapat rasa macam macam. 

kalian ada adik? mesti ramai yang ada kan? heyyy! kepada abg dan kakak, do treat ur younger sisters or brothers well. jadilah abang atau kakak yang bagi tauladan. aku nak nasihat, jangan sesekali kata korang benci kat adik adik korang. percayalah, adik adik korang lah yang akan ada ngan korang nanti bile mak ayah korang dah takde, silap silap kalau umur diorang lagi panjang, diorang lah yang bakal mandikan korang, angkat korang, bila masa nya sampai korang dah nak mengadap Yang Satu. jadi, tolong hargai adik adik. tak kisah lah macam mana adik adik korang, kachak ke, buruk ke, cantik ke, lembam ke, syndrom ke. do appreciate every single potential from them. do say u love them often. walaupun adik adik ni kadang kadang nakal, tak dengar cakap korang, tapi korang kene ingat dulu masa korang sebaya sebaya die pon, korang sama je macam budak budak tu. mungkin lagi teruk. teach them well. jangan sesekali cakap kau orang tak suke die, tak bangga dengan dia atau apa sahaja, sebab korng kena selalu tahu, kata kata orang yang lebih tua dari kita sangat bagi impak yang besar bagi kita. mungkin masa tu dia berlagak cool. tapi, seriously, deep inside them, they'll started thinking its true. dont hurt your smaller miniature please, they are just like u when you're at their age.

korang ada abang? kakak? kepada adik adik kat luar tu, ingat cakap aku, abg dan kakak tak senang nak cari. macam mana korang bencipon kat diorang yang suka meleter, pau duet korang ke apa. kadang kadang diorang memang macam tu, ada rasa enjoy nak tgk korang susah sikit. tak makna diorang tak sayang kauorang. dioarang just nak korang rasa susah sikit.payah sikit, supaya korang tak end up jadi budak yang manja, spoiled-brat. korang kena ingat, dalam dunia ni, orang kedua yang paling penting lepas ibu bapa, adalah adik beradik. abg kakak korang lah. ingatlah seburuk buruk abg and kakak korang, pasti diorang sayang korang jugak. segala marah tempik pukul bebel, sebab diorang nak korang jadi orang yang berguna. kalau korang ada kakak or abang yang tak menjadi tu, tapi diorang tetap nak nasihat kauorang, korang kene ingat, die sebenarnya tak nak korang end up macam diorang. do respect them. hormat lah abang and kakak korang. abang dan kakak korang adalah siapa korang deep inside. jangan sesekali cakap yang korang benci, tak suke dengan diorang, kalau diorang dah takde, percayalah, korang gak yang akan menyesal.

guys, no one knows us more than our own family. its not easy for u to search for a family. u may laugh with your best friend, hang out with strangers, having fun with your partner, but when it comes to crying, you'll go back to them. you'll call your sister asking her to lend some money. you'll call your brother for him to back you up when it comes to quality day at school, where you'll ask him to sign your bad-result-report-card and telling him not to tell your parents. its all about your siblings. late at night when you're still young, you'll search for your brother or sister whenever you have nightmares.you'll asked your younger brother or sister to cover you up, whenever you're going out seeing that special someone.  they are IMPORTANT. don't you ever neglect your siblings. brothers or sister, whether younger or older, will always be apart of you. 

okaylah okaylah, aku rindu adik and kakak aku sebenarnya. nak call diorang? hmm, takda talian yang boleh reach diorang sekarang.but im sure, they were sitting together now. jadi, kepada readers yang adik beradik korang masih boleh dihubungi menggunakan talian DIGI, CELCOM, MAXIS, UMOBILE mahupun TM, pergilah ambil telefon bimbit tu. takde? public phone asrama tu pun boleh, call them, saying hello. ingat, adik beradik tak boleh cari. ganti apatah lagi. sekarang mungkin tak rindu, nanti2 sape lak tahu, takut time rindu nantilah, takde kredit, public fone rosak. alang2 ada ni, call them. marah2 dorangpun takpe kalau malu nak cakap rindu, but atleast talk to them. air, jangan cincang, tangan lenguh, sebab takkan putus.

thanks abg, kakak kakak, and adik adik yang ceriakan aku. aku banyak belajar dari korang, walaupun, korang bukan sedarah, tapi, korang awesome, but u know, nothing will replace the real one. thats all from MY POINT OF VIEW.

Sunday, April 24, 2011

tiru tu salah dalam periksa

Assalamualaikum Wbt.selamat malam buat semua readers aku, tapi kalau kau orang baca ni pagi, petang ke, mahupun tengahari, selamat jugaklah. ikut time kalian membaca entri aku ni. jadi, hari ni aku nak bercakap tentang meniru. plagiat. tahukah anda perkara ini adalah salah? masa kecik kecik dulu korang pernah belajar tak meniru masa periksa tu salah? even sekarang masa kalian belajarpun, pasti ada kan yang akan kena gantung lah apalah sebab tiru tiru? sebenarnya aku tak suka perkara camni. actually, kau orang jangan ingat zaman sekolah je ada benda ni. jangan ingat tiru kertas pekse, tiru time final, atau tiru esemen je ada gejala tiru ni, tiru dah berleluasa sekarang. tak percaya? mari baca apa yang aku nak tulis.


kau orang pernah tak pergi berjalan di town2 berhampiran dan ternampak kedai 24H yang ada garisan garisan colourfull menyerupai 7ELEVEN, tapi yang ditulis adalah, A**9, 24**7, dan lain lain lagi. kedai ni sangat serupa macam 7E tapi bukan 7E. hanya design nye saja yang menyerupai 7E, tapi bukan 7E. pernah?? peniruan pertama! kedua, pernah tak pergi mall mall ke then ternampak kedai yang ada M sebijik macam M mcdonald tu? pernah atau tidak? kedai ni pun mestilah nak jual berger jugakkan, dan selalu mereka claim yang berger mereka lebih lah baik dari berger pakcik donald tu. apekahhh? heish, memalukan bagi aku. kenapa memalukan? sebab, korang macam bangga sangat nak sama dengan syarikat ASING, itu syarikat negara luar tu beb. aku lagi bangga dengan gerai2 tepi jalan yang tampal tulis BURGER OTAI *ehem ehem* kat stall tempat menjualnya itu dari terhegeh hegeh nak tiru sangat burger pakcik donald tu. memang sedap mekdi. aku pun makan burger tu, tapi kalau itu dah memang trademark die, kenapa orang orang ni suka sangat nak tiru dan letak kat situ McLijah lah, McDenan lah. dah kenapa ? tak cukup bangga dengan nama burger RAMLY? apelah diorang ni.


dan, yang paling penting sekali, korang pernah tak, bukak blog A, baca baca article, pastu BLOGWALKING lagi, sampai kat blog F tibe tibe korang terbaca article yang sama, ala2 copy paste je dengan blog A tadi? pernah takkk? okay, aku pernah, dan aku marah gila bila benda ni jadi. aku tak tahu siapa yang hasilkan samada blog A atau blog F. dahtu, entah entah dua2 blog ni tiru dari siapa siapa punya blog lain ntah. hesh, nak kongsi benda yang sama tu, tak salah, tapi, sekurang kurangnya, buatlah ayat sendiri, and kalau benar malas nak copy paste jugak, bagilah credit pada pelapor asal. contohnya, kat ending article tu, boleh lah tulis, laporan asal, *link ke blog asal* - credit to, *link ke blog asal*. kan lebih sopan? takdelah macam plagiat berani mati yang tak kesah langsung perasaan orang yang penat penat buat research. walaupun benda ni tak pernha pun berlaku kat blog aku kot, sebab blog aku ni bukannya ada pape yang havoc nak dikongsi, tapi, aku concern lah dengan blog blog lain yang aku selalu tengok gejala plagiat ni terjadi.


jadi, tolonglah ye kawan kawan. hentikan gejala plagiat ini, sangat tak sihat. sila bangga dengan penulisan sendiri, jangan tiru tiru orang lain, buruk benar rupanya. macamlah korang ni slow sangat takleh buat sendiri. okay ! (: done with today, good day peeps ! thats all from MY POINT OF VIEW.

Thursday, April 21, 2011

kereta bergerak,jari semakin laju

Assalamualaikum wbt. Kepada semua readers aku yang rajin membaca blog aku, selamat! Terima kasih datang lagi. Hari ini aku buat entri didalam kereta menggunakan telefon tangan aku yang tak seberapa ini. Kenapa? Sbb semenjak dua menjak ni,aku jarang ada masa bila dirumah.dan bila ada masa,hilang semua idea. Jadi sekarang aku bolehlah bercerita dengan mudah.


Jadi,hari ni aku sebenarnya nak bercakap tentang sesuatu yang aku baca di seeder bbc news. Kalian tahu ape e2 bbc news? Bbc news adalah antara sumber berita yang besar,yang boleh dipercayai didunia ni. Sebaris lah dngn Reuters, CNN, and Bernama lah kot. Jadi,apa yang *moov* baca? Articlenye berbunyi begini.


ANTI-GAY CAMP ILLEGAL- DATO' SHAHRIZAT JALIL.


Do any of you guys know about this damn anti-gay camp? Okay,let me tell you,if im not mistaken, theres either a school or an organisation who held this damn bloody camp for gays and boys with feminity act.the head organisor of this camp were noted saying that this is our way of preventing gays and drags from getting more worst. He said that the boys were picked based on their femminity and they were just going to listen to some islamic talk.it was supposed to make the boys realise that it was a wr0ng thing that they were doing.


In the other hand, The minister of Woman and Family affairs, Dato Shahrizat Jalil strictly c0ndemmed this camp by saying that this camp is ridiculous and the organizer didnt get any approve from the ministry to actually conduct the camp. She added, that the camp will give the participant a vesy bad impact.as they will have a very low self esteem,and will also leads to a homophobic community.


Aku sgt sokong apa yang dato shahrizat cakapkan.merepeklah! Korang buat orang2 ni rasa terpinggir dan kotor dengan diri sendiri. Ni entah esok lusa adalah tu berita gay bunuh diri ke apa.kan ke dah buat situati0n lg teruk.tak faham aku. Nak didik bukan dengan cara macam ni.tambah pulak cara dorg pick their-so-called gay ni salah.ade ke kata lelaki tu lembut je kasi basuh.ffuuuu! Eh,ramai je lelaki lembut kat malaysia ni straight! Ini rajin,tp salah k0nsep ag.orang malaysia memang macam ni kan? Kerja kita condemn,tp,tak fikir knp.lagi satu,malaysia ni dahlah memang banyak freak2 homophobic yang melampau. Jadi,takperlu lah kot nk tambah lagi orang2 macam ni. Memang gay ni semua salah.aku tahu dan mengaku itu. Tp, jangan terus k0ndem dan marah mereka ini.kesian doe.


Aku tak boleh nak cakap banyak pasal hal ni.nanti cakap aku ni menegakkan benang yang basah pulak.tapi,kau orang teng0klah sendiri, dato shahrizat yang berakal,blaja tggi tupun cakap bnda yang sama.its ridicul0us. Hesh.entah. Tak habis2 diorang ni buat bnda bukan2.dulu video senggama anwar.ini anti gay camp pulak.shiattt. Sudahlah.kau orang fikir sndri. Maaf entri pendek,kerana dari telefon bimbit.itulah sikit dari MY POINT OF VIEW.

Tuesday, April 19, 2011

suka atau tak, sila tgk jam

Assalamualaikum Wbt. hari ini entri aku menyusul pagi kerana, aku tak boleh membuta. asap pembakaran yang sedang lancar berbau didalam bilik menyegarkan hari aku. ditambah pula dengan sedikit rasa rasional sedar diri. aku malas nak tidur. semalaman tak lelap, aku tahu, kalau aku lelap, aku akan cepat tertinggal bas untuk bangun nanti. jadi untuk mengelakkan kemarahan orang lain, aku mengambil keputusan untuk mandi awal. dah dah,ni bukan diari aku, yang perlu aku tulis rutin harian aku. 


sebenarnya, hari ni aku nak petik pasal masa. macam bunga pulak. lantaklah. pagi pagi hari ini aku mendapat hadiah pandangan tajam kekasih hati. demmmm -.-" semua kerana aku terlewat banyak mencari beliau pagi tadi. eh, semua tu, biasalah orang bercinta. lambat sikit. maap ye sayangggg. tapi, cuba kalau kalian bukan pencinta, penyayang, penunggu atau apa apa pe yang lain. kau orang pernah tak merasa menunggu orang macam menunggu biskut basah nak kering? menunggu. tengok jam limabelas kali. tapi yang dinanti tak sampai sampai?  hoiiiiii. aku selalu kena ye. dan yang ni isu penting, kerana aku selalu terkena bila nak tuka shif bekerja. dahlah pekerjaan aku yang tak seberapa tu, selagi takde pengganti tak boleh balik kan? aku terpaksalah menunggu di tepi tempat manis itu, menunggu kedatangan anak anak raja yang memakai jam hanya untuk kelihatan cool dan bergaya. lagi mahal jam, lagi lah rasa diri tu terror. padahal, ntah ntah, tengok jam pon tak tahu.


cubalah kau orang bayangkan, fikirkan, yang orang yang menunggu kau orang tu ada banyak lagi kerja lain selain menunggu korang. contohnya, bagi anak menyusu kat rumah ke, siram pokok bunga ke, atau basuh kereta kesayangan mereka. korang tak rasa ke dengan perangai kau orang yang tak menepati masa tu, kau orang boleh menyebabkan ada anak mati kehausan? bunga mati tak cukup air, atau kereta rosak kerana berkarat? haaa, aku rasa, orang orang yang selalu buat perangai macam ni, sangatlah tidak menghormati masa. aku rasa orang macam ni layak lah diberi-masukkan ke kelas membaca nombor di jam. ataupun, jam mereka haruslah di set 3 jam lebih awal. mungkin dorang akan on time, ataupun, biar diorang pulak rasa apa erti menunggu orang lain. TAK SERONOK. lainlah kalau kau ada alasan kukuh macam kereta rosak, rambut anak terbakar, rambut kakak terkena chewing gum, jam loceng rosak rumah masuk pencuri dengan kertas rasmi lapuran polis, amik report kad anak dengan membawa repot kad tu ke opiz juge, atau benda2 macam tulah, aku boleh accept lagi. tapi, kalau dah hari2 alasan korang jalan jammed, sila tahu erti BANGUN AWAL UNTUK ELAKKAN JAMMED.


hah, cukup aku marah marah, aku nak buat entri review sebenarnya. review tentang jam untuk orang lambat ni, iaitu, JAM BERPENGERA. 


in english, we should call it the vibrating watch. yeahhh! dah lama dah teknologi niii. tapi aku nak buat review juge. sebab aku tahu, kau orang harap je handphone canggih ada vibrating mode, tapi japg, kau orang silent kan phone tu, dan letak bawah katil.buat apa? jadi, aku nak soh kau orang belilah jam ni. lekatkan kat tangan. nanti INSYAALLAH dia akan vibrate mengikut masa yang korang set, siap menyanyi lagi. kawan aku masa sekolah dulu pernah pakai, so, masa tu aku penat baru balik training, dan berniat untuk ke training lain pula pada malam hari tu. aku tahu aku takkan bangun, jadi aku pinjam jam ni dari dia. serius FUNCTIONNNNN. aku terjaga. vibrate die akan meninggalkan sensasi geli geli minda yang akan buat kau orang geli sampai ke gigi dan takkan boleh tido lagi.




LDF-12-7CVEF CASIO Poptone Vibration Watch 

haaa, jadi, silalah beli jam ni. it comes with lots of colours bydaway. aku pernah tgk warna warna seperti, merah, hitam, kelabu, putih, dan kuning kalau tak silap aku. 


The LDF-12 is a funky modern take on a classic digital watch. The slim design with its smooth resin strap and broad angular coloured LCD face make it stand out in a crowd. The LDF-12 has a discreet vibration alert, dual time, stopwatch, countdown timer and daily alarm.


sekarang ni jam ni dah agak murah dijual di kedai kedai seperti city chain, city town, dan lain lain city. last aku usha, baru RM99 tak silap aku. dari kau orang yang berduet ni beli jam mahal2 tapi tak reti nak guna, better beli yang macam ni. simple and functioning.


jadi, itulah. kerana kena marah punya pasal, aku terpanggil buat entri ni. HAHAHA. maaflah ye buat si pelaku yang marahkan aku tu. bunga mama tu tempting sangat. -.-" heish, jadi sila take note buat semua yang bekerja, mengerja, mahupun dikerjakan, sila beli vibrator ini. eh, maksud aku, jam bervibrator ini. thats all from MY POINT OF VIEW.

yang ni hang beli mahai, tapi hang beli tang tu mughah.

Assalamualaikum Wbt. kepada semua pembaca blog ini, selamat subuh, pagi, siang, tengahari, petang, malam mahupun tengah malam. blog aku dah beberapa hari ni macam sampah sedikit. maaf. aku tiada jiwa untuk serious tentang pembangunan mahupun tentang semasa, hati aku banyak melayang. malas berfikir, menenangkan jiwa. so, hari ini aku bagi korang sedikit bacaan fakta serius. 


awal awal aku nak kata, aku harap entri ini takkan dianggap raciest atau terlalu bersifat perkauman. aku hanya menyuarakan pendapat sebagai seorang anak melayu yang masih remaja. cehhh. jadi, isu aku hari ini ialah tentang kedai kedai di Malaysia.


firstly, do you guys notice that majority of Malaysian grocery stores are owned by Chinese? not only groceries, but also stalls and stores at the market including wet market. lots of chinese do sell vegetables. do you guys notice that? okay, i'm not talking about this things anyway.  but im talking about some issues. do you ever went to places where Chinese stall were situated next to the Malay groceries but you choose to enter the Chinese stores even-though  you are a malay? have you? so, this is my first issue of today. why do Malays always choose to shop in Chinese shop instead of Malay's? this issue is not limited to groceries only, but to lots of things. Firm, building construction company, car workshop and lots of other things. there were lots of pros and cons for this issue. at first, let me tell you why, we usually pick Chinese than Malays. 


I'm a user. i used to go shopping at Malay groceries, or malay workshop, or whatever owned by Malay. my father always thought me to support my own race. spending at Malay stall, help Malay. yes, i bet lots of your parents do say the same things to you. for the past sometimes, im also one of the person who often get mad seeing my own race shopping at other races shop. *eh hangpa ni, kedai melayu ada, hang pi kedai cina* *apo pasalah ekaw ni, taknak sokong bangso sendiri lansung* *deme ni kenkadang dah ghoper ghakyat asing dah* that is some of the initial reaction used to be said by me.


tapi itu dulu. bila aku dah besar. aku sendiripun sebenarnya pergi merepair kereta di kedai cina,mak aku buat rumah mintak kontraktor cina buat. even kalau beli groceries pon sebenarnya, aku suka beli kat kedai cina. ha, aku ada banyak concrete reason kenapa aku pun berperangai begitu. pertama, korang pernah tak masuk kedai melayu, nak cari ni takde, nak cari tu takde. semua macam takde je. lepas tu korang rasa tak kadang kadang kedai melayu ni mahal sikit compare to kedai cina? pernah tak korang mengalaminya? yeah. aku pernah mengalaminya. kedai kat kampung aku ni, macam sebelah sebelah je keai melayu dengan cina kan. kedai melayu tu punyalah takde barang sangat. tapi kedai cina tu, full. kau nak apa. cakap je ngn towkey ah chong tu. semua barang ada. tapi, orang melayu sibuk kata kenapa kita tak sokong bangsa sendiri. macam mana nak sokong kalau kau orang tak bagi convenience pada pembeli pembeli korang. siapa nak datang kalau semua barang takda? jadi, memang susah lah peniaga melayu nak meniaga.


seterusnya, kalau bab repair2 atau buat2 barang ni. kenapa aku prefer Chinese buatkan semua ni? ini semua kerana kualiti. aku pernah pergi repair kereta kat kedai melayu. baru dua hari lepas aku repair, masalah balik kereta aku. orang melayu ni, taknak buat kerja betul2 dah tu macam mana aku nak sokong orang melayu punya buatan. tak efficient langsung. semua macam tahiiiiii. buakanlah semua buatan melayu tu teruk. tapi kebanyakkannya macam nilah kakak kakak dan abang abang mahupun adik adik. kebanyakkannya macam melepaaskan batuk ditangga. kalau pergi kedai cina? diorang buat sungguh2. walaupun memang mahal sikit tapi aku puas hati. sebab bagi aku, benda tu working. taklah baru repair dah rosak semula. satu lagi buatan orang melayu yang aku tak gemar, rumah. heish, orang melayu kalau repair rumah orang, punyalah main2. seminggu baru buat aku dah leh nampak retak2 sikit2.


entahlah, tapi satu benda yang aku mang tak suka plak pasal kedai cina ini adalah, diorang sangat RACIEST. demmmmm. aku tak suka. abah aku pandai cakap cina. dia selalu dapat cheappp harga bila kedai cina. caineessss suka bagi cheap kat bangsa mereka. kalau sayur tu seikat seringgit kat meleisss. mereka boleh bagi 80sen je kat bangsa dorang. memang small amount, tapi kalau dah kumpul2 banyak tuuu. tapi meleis tak dpaat tuuu sume. lainlah kau leh cakap cina ke camne kan, memang boleh lah dia konsider tuuu. tapi kalau tak. dia akan mati2 kata harga cainesss ngn meleissss sama je. cuba kalau kau leh cakap cina and faham apa dorang bualkan. sebenarnya, harga chinese murah. busuk2 seposen dua.


aku tak kata kedai melay teruk. aku tahu kenapa selalu kurang kualiti and barang dikedai mereka. sebab dorang takde modal. apa yang ada itulah yang dorang beli. bila kita tak support , jadi dorang takde modal nak pusing. heishhh, entahlah, korang nilailah sendiri benda ni. sape yang salah, buyers atau stallers? so, thats all from MY POINT OF VIEW.

Sunday, April 17, 2011

lari lari. kudaku lari gagah berlari.

Assalamualaikum Wbt. pertamanya, sukahati akulah! HAHAHA. aku nak cakap tu je.


duduk, diam, menung. senyap.
cuba kau fikir sekejap.
sementara menanti lelap.
tolong aku sebab aku rasa ini silap.
kau akan faham bila aku dah siap.


kau tahu aku kadang runsing?
kepala aku pusing.
takdelah macam gasing.
tapi telinga aku bising.


telinga aku bising dengar apa otak aku kata.


kau tahu kau tak dengar.
sebab otak aku yang bingar.
dah dah, aku nak biar.


bila kau sayang.
kau tahu kau takkan hilang.
kau tahu dia takkan berwayang.


aku duduk.
kau duduk.




kalau kau rasa duduk kau salah.
sila bangun dan blah.

kalau kau rasa duduk kau betul.
terus duduk senyum simpul.



tapi kalau otak tahu kau salah,
tapi hati taknak mengalah?
aku tetap nak dialah!


okay, aku rasa macam badut.
hati  dan otak aku kalut.


otak kata siapa aku?
hati kata aku sayang si pelaku.
kau tahu aku.
marah tak selalu.
pasti marah, diamlah aku.


kali ni aku tak marah.
diam kali ni kerana hati aku meriah.
senyum pipi sampai merah.
walau kadang aku tahu ini salah.
biarlah.


bila kau sayang.
semuapon melayang.


cuba kalau benci.
semua nak caci.


benda mudah, kalau tepat dan tahu.
cuba kalau runsing macam aku?
mesti kau kaku.
aku dah tahu.
aku nak duduk berteleku.
tengok apa yang berlaku.
terus juangkan sayang aku.
sebab aku tahu kau tahu aku.
sebab aku rasa kau sayang aku.
sebab aku tahu,


cinta tu. memang tak boleh jangka.
apa kau nak kata?


dahhhh dahhhh, diam semua! aku tengok cerita sastra tadik. terasa nak tulis ni haaaa. jangan GELAK! sape gelak, dah aku nak sap okok aaaaa. -.-" hahahaha, rasa blog aku dah macam a samad said nye pet dah. lantaklah. semua nak bersastra, akupun nak gak. HAHAA, selamat malam readers (: MY POINT OF WRITING.

this time its serius.

Assalamualaikum wbt. malam ini mood aku sangat serius. takdalah nak gelak, atau senyum. takde pulak. memang tengah serius. hatta menaippun dahi berkerut. pertamanya. selamat datang pembaca aku yang ikhlas, selalu datang untuk membaca dan suka baca apa aku repekkan. selamat siang, tengah hari, petang mahupun malam. 


malam ini aku nak cakap tentang hal yang buat aku berubah menjadi serius ini. BLOGWALKING. siapa blogger pasti tahu ape itu blogwalking bukan? okay, next. FOLLOW. korang mesti dah familiar dengan perkataan inikan? satu, aku nak tanya, korang tahu ke ape itu BLOGWALKING? okay, aku blogwalking. aku selalu pergi berjalan jalan meng'explore' blog kawan2 mahupun anonymous. aku suka baca blog blog orang ni. kalau ada content lagi aku suka. aku boleh duduk depan laptop berjam jam membaca blog2 ni sume kalau aku suka. itu blogwalking, keduanya, FOLLOW. okay, kalau dah suka blog tu, pasti aku akan FOLLOW okay. korang tahu tak ape fungsi FOLLOW ni sebenarnya? fungsi FOLLOW adelah untuk menyerikan timeline blog korang dengan entri2 baru blog yang korang suka. BLOG yang korang SUKA ye. okay, enough with my opinion. mari tgk ape yang aku serius sangat ni.


at first. blogging is your way of expressing your thought. am i right? so, i think, when you're blogging its free for other person, to like, or not to like your blog. right? okay, i am bloody serious about this, although these things doesn't happen to my blog, but still i hate it. i hate it when people come to the blog, and purposely post a comment at random post saying "ive followed you, please follow me back" hnghhhhh! what on earth? do you have a wrong idea of what FOLLOWING means?? if u wanted to follow my blog, just for me to follow you back,not because of you're interested with my content and wished to come back later, its better that you don't follow me. having a FOLLOW button is not for you to collect readers and boast around saying that your blog is great with a big number of followers? its not like all the followers u have will come back and read your blog if its just based on, i follow you, you follow me thing.


aku faham mestilah ada blog, nak ada reader kan? takkanlah korang menulis blog tu hanya untuk korang baca sendiri, betul tak? tapi, biarlah kena pada tempat cara nak promosi blog korang tuu. tak payahlah pergi dekat post yang tengah orang cerita pasal kesedihan dia, tibe2 kau nak letak, " saya dah follow, follow balik eh?" ehh, dah boleh dah kau komen je tentang isu semasa tu. tuan punya blog, mestilah paham, untuk klik link korang dan baca blog korang balik, and klau dia suka blog tu, dia akan automatik tekan follow tanpa disuruh. dengan cara tu, dia akan datang lagi kat blog korang, sebab bagi dia, blog korang tu menarik. bukan sebab dia terhutang budi, korang dah follow blog dia. heish. blogwalking isn't wrong, but the way some of you guys do it is just sickening. cara anda buat itu, seolah olah anda sedang high five diri anda sendiri di public. aku sebenarnya rela ade due tige follower je, asalkan FOLLOWER itu benar benar baca blog aku. jadi, kalau betul nak promosikan blog, lots of other ways my friend. mari aku bagi korang some ways.



  1. korang boleh post kat wall facebook sebagai status setiap kali korang wat post baru. tak payah mintak orang follow, post blank dengan link je dah mencukupi, kalau dah dua tiga kali kuar kat timeline, orang akan baca jugak.
  2. korang boleh buat fan page di facebook untuk orang like. itupun okay. lagi sekali , tak payah suruh orang FOLLOW korang. setakat sekali dua suruh follow tu takpelah.
  3. korang boleh buat tajuk2 yang selalunya akan dijadikan key search di google supaya bile orang search key word tuu, blog korang automaticly keluar di google juga.
  4. and, korang dah leh wat lah blog korang menarik kalau betul2 nak orang suka ngan blog korang.
aku tak kesah tak banyak FOLLOWERS. sebab aku tahu blog aku tak best manepon. tapi cukuplah orang baca blog aku and suka, dapat knowledge and info. janganlah macam nak berlawan lawan sapa ade followers banyak. orang follow kerana dia suka blog anda, kalau nak orang suka, buatlah blog dengan hati and ikhlas, INSYAALLAH, ramailah followers korang. jadi, inilah apa yang serius dari MY POINT OF VIEW.

Friday, April 15, 2011

pissed off with broadband.

Assalmualaikum Wbt. hello semua pembaca aku.jadi esok adalah pilihanraya negeri SARAWAK. diharap semua parti2 berkempen dengan jayanya, dan mari doakan yang terbaik buat SARAWAK. aku harap mereka boleh buat keputusan yang WISEEE. hari ni takde niat aku nak bercerita politik. aku just seronok dengar pasal SARAWAK yang jauh tu. ye JAUH. okaylah, aku senanye nak cerita psal distance hari ni. heish. kenapa aku cam lari je malam ni. lantaklah blog aku. aku nak cerita tentang LONG DISTANCE RELATIONSHIP. 


hesh, tak senanglah, siapa cakap senang? meh aku bagi buah tangan sebelah. maksud aku tapak tangan -.-"


okaylah, baik apepon orientation korang, aku berani bet ramai yang bercinta jauh ni. memang lah ade je yang bercinta dekat, yang dah sah tu, yang partner setakat duk belakang rumah, sama sekolah, sama universiti. ehh, tutuplah tab ni, korang tak faham nanti. HAHAHA. aku sebenarnya rindu kekasih aku yang jauh nun tu. jauh ke? eh, taklah jauh sangat, leh lah tgk dalam peta, hari hari dengar dalam berita, takdelah jauh sangat. setakat kalau nak pergi kene tido dalam burung selama 8jam kurang. takdehallah. 


sebenarnya aku nak bagi pro and cons kat korang ni. nak baca taknak baca sukati koranglah. ada banyak je baiknye LONG DISTANCE RELATIONSHIP ni. tak lupe plak yang buruknya jadi,


mari mula dengan buruk,

  • rindu sangat sampai macam leh lah termenung sorang2.
  • kalau jenis iman tak kuat tu, dah leh lah pasang yang lain
  • teruk kalau memang jenis tak nampak muka tak dengar suara berhari hari
  • kalau jauh yang memang out station sangat tuu, memang bil seronok menari nari.
  • mengamuk melampau2 kalau broadband korang atau line korang merangkak rangkak.
  • banyak curiga.
  • banyak cemburu
  • banyak emosi
  • tahan segala rasa


seterusnya. baik,

  • bercinta jauh kurang maksiat. 
  • rindu selalu doe, tak jemu
  • kalau sekali sekala dapat jumpe, pergh heaven doe.
  • .......
  • .......
  • .......
  • .......
  • .......
  • .......
  • .......
  • .......
okay, sebenarnya takdelah banyak naa yang baikkk.aku tipu je. alahaiiii, aku rindu sebenarnya nak bermanja manja, nak bercinta cinta. eh la haiiii. kenapa blog aku jadi camni ni. lantak lah. tapi ada benda yang paling penting dalam long distance ni. percaya, sabar, jujur, KUAT, tolonglah KUAT. hahaha, tak kuat gugur jackkkkk. dah, aku nak pergi beratkan broadband aku. takde MY POINT OF VIEW hari ni.

Tuesday, April 12, 2011

sejuk untuk Norkiah, macam sayatelefon.

Assalamualaikum Wbt. selamat buat semua readers. hari ni entri gua cam ilmiah sikit. hahaha, jadah ilmiahhhh. taklah, aku nak bagi info kepada kawan2 yang pakai telefon NOKIA ++ macam minat photography, acah2 nak kemera gemokk DSLR atau holga atau lomo atau ape2lah kamera2 korang tuu tapi tak mampu, tapi minat naaa, macam nak jadi photographer kan? at the same time, lets go to this application like photoshop, photoscape, picasa etc etc to makes your picture effect looks like you're using the camera agong. OKAY, now let me help you FOLKS ! what if i say, there's an application for nokia user, to make your picture have the effect of LOMO? 


sebenarnya, applikasi macam ni dah ade awal2 untuk pengguna IPHONE. syarikat yang mengeluarkan SAYATELEFON ni sudah mencipta application ini yang dipanggil INSTAGRAM.  dimana gambar gambar yang anda tangkap menggunakan application ini akan menghasilkan gambar seakan akan menggunakan kamera lomo. kalau legal punya, dorang boleh beli application ini di itunes, tapi kalau tak, aku leh bagi link insatgram dimana korang *pengguna SAYATELEFON* leh download secara percuma DISINI . jadi, kalau untuk NOKIA? 


introducing MOLOME !!!! *tepuk tepuk tangan sambil berdiri*


okay, MOLOME ni exactly the same macam instagram. lebih kurang lahh. smart pon smart. memudahkan korang untuk tangkap gambar cantik2 kan. tak perlulah korang nak download pergi pc atau laptop korang, edit2 dulu, masok balik dalam fone, baru leh mms gambar pada kekasih hati kan? dengan MOLOME, semua di hujung JARI. yeahhh !filters yang die ade adalah seperti hitam putih, tiltshift, old film, vintage, blue filter, red filter, green filter dan beberapa filter yang nice. Buat masa ini ianya hanya boleh digunakan oleh pengguna telefon bimbit E7, N8 , 5800 Express Music , X6, N97 dan C7. jadi, kat bawah ni adalah beberapa picture yang OBE dari blogserius ambil, sebab die yang buat review asal ni.




filter untuk tilt shift

interface si MOLOME ni

jadi, kalau ade yang berminat dengan ini, dan memakai telefon NOKIA seperti yang aku sebutkan tadi. silalah mendownloadnye di ovi store . so that all for today from MY POINT OF VIEW.






laporan asal, BlogSerius

Sunday, April 10, 2011

selalu cuci skrin laptop, elok untuk mata.

Assalamualaikum wbt, hello readers, hari ni hari Ahad, and tadi aku tgk MELODI. haha, motip?? aku sebenarnya, takdelah suke tengok MELODI ni, kadang2, GOSSIP artees meleisss ni, lebih kurang je macam POLITIK kite, ridiculous. HAHA, takpelah, yang penting tadi, aku terus cuci screen TV LED aku sebab aku nampak pengacara baru MELODI tuu. aku baru tahu, heart aku mengacara plak sekarang. heishh. luckily dengan Zizan, kalau tak mungkin die akan tenggelam. sebab aku tak pernah lah denga die nak mengacara.


aku suka tgk dia ni, cantekkkkk. bukan cantek yang WOW tu, tapi, die macam meleiss beauty yang oriiiii. eh, cantiklah bagi aku. aku suka tgk die.


jadi, bile cam malay, ayuu je kan?

macam ZIANA ZAIN pon ade gak dari jauhh

(: senyum cam sayang guaa, GIGIIIII

okayy, aku paling suka gambar niiii.
jaws off ! HAHA.

haha, mesti korrang cam pelik kenapa ngan *moov* ni? takpernah doe wat entri cam gnie. hahaha aku sebenarnya sedang dalam mood bermain. tak mahu serius sangatt. penat. aku suke Dira Abu Zahar ni, sebab die berbakat, dan dia cantek versi melayu. takde maksud tersembunyi lain ye kawan2 (: heee. so, itulah, ni bukan MY POINT OF VIEW. ^^

Friday, April 8, 2011

im meltinggggg. (:

orang buat entri perempuan, aku buat entri sopannn.

Assalamualaikum Wbt. selamat hari hari readers ! hari ni aku terpanggil untuk buat entri review. and macam biasa, aku suka maen gameee! yeaaah ! jadi, hari ni, aku nak review satu game hantuu di internet, bagi aku game ni memang superb. seronokkkkk ! seram pon seram, canggihpon canggih. memang bestt game niii. (: game ni diberi nama, hotel626. kenapa hotel 626? kerana game ini hanya boleh diakses jam 6malam hingga 6pagi sahaja. kan thrilll?


kalau masuk2 je nampak camnilah
haaa, jgn segan silu nak masukkan email, nama samaran, password, dan yang paling penting, umorrrr. okay, sedikit tips *moov* nak bagi, game ni hanya benarkan 21 tahun ke atas je view. jadi, tipulah tarikh lahir korang. 1990 is the lowest kalau korang nak maen and terpakse tipuu. (: die tak check ic pon, jgn risauuuuu.

next, ini adalah bahagian kalau korang ada webcam, kalau ade webcam, kindly tick this things, ur game will be far more interesting with this application sebenarnye, and, yang paling penting, laptop korang, or pc korang mesti leh detect suare korang, lau tak, susah sikit, sebab nanti ade part yang memerlukan suara koranggg.macam yang kat sebelah nii. ikot je semua instruction dia, nanti korang faham lah game nii.

next, the game was a fun game, kerana, die bukan cam game2 biasa where it was all cartoon. no! not this game, this game is all human ! yeahhh! realistic, materialistic, sarcastic all the tic2 lahhh.tgk macam sebelah ni, maaflah gambar tak cantik sangat kerana aku pakai printscreen masa game tgh berjalan, jadi, macam tak berapa smooth lahhkan?



ni welcoming page diaa.

sing me a lullaby katanya.

budak ni lah yang ngade2 korang kene tidokan tuu


haaa, macam yang aku kata tadi, hang suma kena nyanyi tok tidoqkan hantuuu tuuu, perghhh, selagi tak sedap and kene nyanyian korang, selagi tuuulah hantuu tu akan terus menghantuiii korangg! heishhh! ghimas lah cekkkk.bukan sebab apa, suara aku tak sedap, jadi, beratus2 kali mencuba, baru lah berjayaaaaaa. HAHAHAHA.

hahahhaa, jadi itulaaah, aku mlaas nak tulis dan tulis panjang lagiii sebab, nanti tak thrill lah korang nak maen kalau sume aku dah ceritakannnn? aku just nak cakap, game ni full of suspennn. seriusss shiattt, aku hampir chitbrix terperanjat terperanjat. maaf, kalau gambar nii menghantui malam korang ke camne, its just a game, basuh kaki sebelum tido y'all! jangan lupa tuuuu. ye ye. 

jadi dari tadi aku membebel, aku tak bagi link pon kat korangg kan? HAHAHA, siapa yang malas, leh terus click  SINI , dan nanti teruslah korang sampai di webpahe game ini. goodluck ! dan kepada yang rasa dirinya rajin, dan macam nak tahu full link dia, ini merupakan full link dia. hotel626.com/hotel.html jadi, selamat berjayaaa! (:


thats all from MY POINT OF VIEW.




p.s// sila klik pada gambar tuk besarkan gmbarr.

Wednesday, April 6, 2011

tolong biarkan dia bermaharaja lela

Assalamualaikum Wbt. hello semua. selamat2, hari ni entri mari ketawa mengenang beliau. HAHA,korang pernah dengar name Syed Mohamad Asri tak? hihi, tak eh? SHY8? mungkin juha jarang, bagaiman dengan nama ni?? USOP WILCHA. USOP PENARI KEBUDAYAAN? HAHA, lawaknya berjaya menceriakan hidup kita dirumah sekeluarga. baru baru ni kemunculan beliau di ABPBH2010 turut mendatangkan fenomena baru.
dia ni bagi aku lawak supersempoi siot. cara dia bawak diri dia. wow! awesome, lama aku tak tgk cerita melayu yang leh wat aku gelak chitbritx macam cerita HKLBR ni. bydaway, mari aku sajikan sikit tentang beliau.

PEMILIK nama Syed Mohamad Asri atau nama komersialnya Shy8 tidak pernah menjangka bahawa dia akan mengecapi populariti pada usia 46 tahun.
Dia juga tidak menyangka setiap langkahnya kini menjadi perhatian. Malah, tidak ada satu hari yang dilaluinya berlalu tanpa fotonya diambil bersama peminat sejak pecinta filem tempatan mula terpikat dengan watak Usop Wilcha lakonannya dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah.

korang ada fanns banyak camni? takdekan???
"Saya agak terkejut pada mulanya apabila saya keluar beli barang dapur di pasar raya ada mata-mata memerhati, senyum dan kemudian minta untuk bergambar dengan saya.

"Peminat juga memanggil saya dengan nama Usop Wilcha bukannya Shy8. Saya juga sudah terbiasa dengan panggilan Usop. Memang Usop lebih popular daripada Shy8.

"Reaksi yang saya terima itu tandanya peminat menghargai lakonan saya dalam filem itu dan saya berterima kasih atas sokongan mereka," katanya memulakan bicara.

Populariti yang diraihnya itu menandakan peminat filem Malaysia kini lebih menilai bakat dan impak lakonan.

"Saya muda lagi (ketawa). Saya ingatkan saya tidak dilihat, maklumlah saya jadi pelakon bila usia cecah angka 30-an. Sebenarnya faktor usia itu jangan dikira, populariti serta perhatian akan datang, jika lakonan yang diberi menyentuh hati penonton," jawabnya.




Sambung bapa kepada Syed Caliph Umar, 8 bulan dan suami kepada Noorafiza Abdul Aziz, 28, dia juga tidak menyangka filem Hantu Kak Limah Balik Rumah yang sepatutnya menjadi filem terakhirnya merupakan permulaannya untuk kembali ke gelanggang seni.




"Kalau ikutkan saya tidak mahu berlakon lagi kerana mempunyai komitmen kerja tetap sejak empat tahun lalu. Tetapi disebabkan watak Usop ini merupakan kesinambungan daripada filem Zombi Kampung Pisang, saya berlakon juga.


"Bila lihat sambutan dan sokongan peminat, saya terpaksa tarik balik keputusan untuk berhenti berlakon tetapi saya buat secara sambilan sahaja," katanya yang memegang jawatan sebagai Pengurus Komunikasi Korporat syarikat Tanjung Offshore Berhad.

Tambah Shy8, dia juga bertuah kerana bakatnya dilihat oleh teman lamanya iaitu pengarah Mamat Khalid.

Malah dia juga mempunyai majikan yang memahami kerja seninya dan memberi kelonggaran untuknya berada di lokasi penggambaran setiap hujung minggu.

"Saya berterima kasih kepada pengarah Mamat Khalid yang bijak mewarnakan watak saya dan memahami komitmen kerja saya.

"Saya hanya boleh menjalani penggambaran setiap hujung minggu sahaja dan setakat ini saya selesa bekerja dengannya.




"Bukan tidak mahu kerja dengan pengarah lain tetapi saya bimbang kerana jadual saya akan mengganggu perjalanan penggambaran, jika mereka boleh terima syarat itu, boleh sahaja saya berlakon," tuturnya.

Terbaru, Shy8 baru sahaja selesai menjalani penggambaran sekuel filem Hantu Kak Limah Balik Rumah yang berjudul Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit.


ini antara trademark popular beliau
aku rasa penyanyi asal lagu soley2 pon, takleh kalahkan popularity die di malaysia skng.




hahaha,besarnya impak usop wilcha ni, sampaikan beberapa hari lepas, masa perak menang bola pon, mereka meraikannya dengan buat tangan menari nari macam usop wilcha! ni baru havocc! (: HAHA, kan ke HKLBR tuu, bahasanya negeri Perak kan???  





jadi, itulah tuuu, so pade siapa2 yang tak tgk lagi lakonan usop wilcha ni, dah leh pegi beli dvd original dia di pasaran,bukan mahal sangatpon, seriusss, berballoiiii. (: weeee. donE with todays review from MY POINT OF VIEW.

seronok tengok orang main.

Assalamualaikum Wbt.


"Jikalau Yang Berhormat, Yang Berhormat nak berpolitik sewenang wenangnya diluar sana, silakanlah. tapi, sila hormat Sidang Parlimen." 

Jadi sebenarnya kalau ni status MUKABUKU, aku nak like banyak2. tapi sayangnya bukan. ini merupakan ungkapan Yang Dipertua Parlimen Malaysia *maaf kalau sialap gelaran* sebagai komen beliau tentang isu yang sedang hangat goreng pisang di parlimen sekarang. isu video porno Anwar Ibrahim. haissssh, aku rasa marah sungguh dengan isuu ini. entahlah. dari awal lagi, pertamanya, aku tak suka bile isu ini dibangkitkan. ntah pape.


i just have the feeling that this issue, wasn't first, supposed to be revealed, cause, it doesn't even effect anything in Anwar's or whoever's leading process. in case u didn't read my writing bout this, simply click THIS  to know more about my opinion. so, having to listen about this at the news this evening make me more pissed off. I've heard about this things, last two three days, where, Karpal Singh insisted for the porno to be watch in Parliament by saying that the parliament members wont be arrested for watching the video, because of an immunity. so, I've read lots of statuses in Facebook such as "wah! parliament skg dah maju! leh tgk blueeee." "porno in parliament? our parliament is becoming to be popular" lots of comments come from citizen from my age. it sounded that they were supporting this things, but actually NO. they were being sarcastic about this matter. its actually a way of saying "OUR PARLIAMENT IS GETTING MORE RIDICULOUS" u see? but, bydaway, lucky us! they actually have ONE brilliant people in the Parliament. thank god ! it was the YANG DIPERTUA of the Parliament. he stated the reason why this cant never be done real clearly.



  1. saya tak rasa ada apa apa kepentingan untuk kita tengok video yang mengaibkan orang lain di parlimen
  2. tiada langsung sebab kenapa kita semua nak tgk benda benda tak senonoh begitu
  3. macam mana saya nak benarkan sedangkan benda ini sangat dilarang oleh agama Islam,dan dengan majoriti Ahli Parlimen sendiri merupakan agama Islam, saya rasa ini tidak patut saya benarkan.
jadi, mungkinkan immunity yang Karpal Singh nak bagi itu, merupakan immunity kepada dosa sebagai seorang umat Islam juga?? mungkin Karpal Singh sudah boleh hormat agama ISLAM dan bangsa bangsa ISLAM di MALAYSIA? aku rasa takkan kerana politik dan nak buktikan samada benda ni benda betul atau tak, semua orang ISLAM nak tanggung DOSA tgk benda ni dikhalayak ramai plak lagi? tak masuk akal betul. itulah aku kata, isu sebenarnya ialah, kenapa perlu dibangkitkan pun benda ni? tak patut siotttt. this is really on hell of a SHIATTTTT. aku rasa samada benda ni betul2 Anwar Ibrahim atau tak, pucuk pangkalnya, tak patut dibangkitkan. pertamanya, org yang sebarkan dan bangkitkan isu ni, korang tahu tak korang dah berdosa, dalam proses yang korang namakan nak menegakkan keadilan ni??? menyebarkan video porno , adalah dosa besar, pakcik pakcik sekalian. aku ni bukan lah orang pandai agama ke , kuat agama ke ape. tidak. tapi, aku rasa ini SALAHHH. salah konsep lagi.


aku tulis panjang2 sebab aku rinduu yang jauh.takde die takde keje nak buat.

heisssh, orang tgk porno kat rumah tuuu, lantak dialah, satu, yang dalam porno itupon merelakan org tgk, so lantak dorg lah nak cari dosa, tambah dosa, atau apa2pon. tapi yang ni?? biar satu parlimen tgkkkk? GILA KA?? dah tu tadi aku tgk Isteri kepada Anwar Ibrahim, Puan Azizah tu, msih beria ria nak tegakkan kata suami dia tak bersalah. tapi, takut plak bile Karpal Singh nak soh video tu diview di parlimen, TAKOT KE BETUL2 SUAMI AWK DISITU? bukanlah, aku pon sokong gak supaya tak perlu di view di parlimen, tapi entah, politician2 ni againnn, berjaya buat aku keliru. korangg keliruu takkkk? demmmm. aku tak suke keliru, buat aku ase nak makan eskem je, sambil sapkok.-.-" 

jadi, itulah tuu, korang as reader dah leh lah serba sedikit nilai, walaupun aku tahu ramai reader aku akan cepat2 tutup tab bila tgk tajuk ade baur2 politik , walaupun korang muda, tapi korang kena amik tahu gak, esok lusa, korang gak yang kena buat pilihan untuk menentukan siapa yang akan memimpin Malaysia (: so, thats all from MY POINT OF VIEW.