im a kampung boy

Tuesday, January 24, 2012

kembali senyum

Assalamualaikum Wbt. hello semua pembaca gua yang tercinta. kesibukan kota dalam merancang semua yang sedang dan bakal terjadi membuatkan aku jarang muncul di wall kalian dengan isu baru. akan tetapi, terima kasih kepada sang kekasih, aku akhirnya didatangkan dengan isu, dan bahan yang buat aku sanggup spent masa duduk disini. sesungguhnya, aku tak mahu kata yang banyak saja, aku mahu kalian lihat, dan baca kemudiannya, apa yang ingin aku, katakan.




selesai menonton? maka, semasa aku tonton video ini, sungguh aku tersenyum sendirian. ternyata sebelum ni , banyak kata kata aku, bukan hanya sekadar si bodoh yang bisu tak mahu bertanya. bila wujud video begini, aku makin yakin dengan apa yang aku rasa. aku bukan si penuding jari, atau si pencari salah, aku hanyalah mencari yang betul, dan tak perlu aibkan yang salah. kalau hendak dicerita ttg salah org, sampai tahun kereta terbangpon, belum tentu habis. "berdiripun tak kena, tersenyum pun dimarah, apa sebabnya? apa yang tak kena? bergaya pun dilarang, apa lagi dipandang, apa sebabnya?" ini cara "anak cina" ini expresikan apa yang baru aku katakan. kalau semua benda kau pandang salah, maka adakah kau sahaja yang betul didunia ini. 


sama juga tentang perihal saling membusukkan."politik apa hang cakap? politik hang bughuk kan dia, dia bughukkan hang?" adakah kau sahaja yang betul, sehingga satu Malaysia perlu tahu, yang tak betul ttg dia, atau, sebenarnya, kau tak mahu kalah bukan? kau tahu kau tak kuat, maka mari jatuhkan dia. begitukah persepsi politik Malaysia indah ini? bukankah, kalau kau tahu, kau lemah, kau perlu kuatkan diri kau dan tampal kekurangan kau? untuk rakyat? "siapa yang nak cegah masalah, pergi tutup lubang, siapa yang nak kawal masalah, pergi cari baldi" bagi aku ayat beliau ini sangat meaningful. untuk translate dalam cara aku, aku ada many points untuk ayat ini.


yang pertamanya, logik rasional kalau kau guna, tadah lah air tu guna baldi, dan setiap jam kau kene tukar baldi itu. itu kawal. kau kene buat kerja berjuta kali sampai lah nanti hujan berhenti. samalah jugak. kau boleh bising bising satu pekan itu dan ini ttg keburukan org lain, tapi, adakah tindakan yang kau buat itu, memadai, atau hanya akan buat orang lagi benci? kalau kau awal2 dah tampal lubang tadi, sekarang kau tengah happy tengok cerita Datin Ghairah bersama kawan kawan. tapi ttp tak mahu, maka datang pulak olahan aku yang kedua. semasa atap kau bocor, kau sibuk bergaduh nak tampal, atau nak guna baldi. si kachak kata, tampal, tayah buat kerja kali kali, si jambu pula kata, takpe, bukan hari hari hujan, tadah sudah. selama 2jam bergaduh nak buat mana satu, dengan harapan, kata kata dorg, boleh jadi penampal dan baldi. akhir? rumah kau banjir, perabut kau rosak.


samalah. rakyat kau kotor, sebab politik kau tahi. kau bukan fight untuk rakyat. kau fight untuk menang. selain dari tu, kalau kau tgk, bile dtg masalah macam ni, dan ade yang melempar kata, baru dua dua tiba tiba bising seolah olah mahu bekerjasama. aku sudah dengar jutaan kali, si hijau dan si merah mahu bergabung demi kepentingan rakyat. tahi apakah? semakin bergaduh adalah. harini kau tumtamtumtam, kerana dicocok, esok bergaduh lagi? 


and just seeing at the lady there, she looks so "nothing" right? but do you know, that she actually represent the environment of our country? she's actually the main character of this short film. she is filming the people of Malaysia there. she helps you see. Malaysia fought for independence.they; the old folks, fought for independence. she fought for independence, but politician fought between each other in front of the people of Malaysia. that's the rationality of this "ticket issue".


kata orang ini, "takkan aku nak bayar duit untuk benda yang aku tak tgk?" sama seperti, aku tak payah bayar semua ni, aku tak tgkpon org dahulu berjuang. kata aku, org ini pendek akal. dan si perempuan cuba baikkan situasi. dan, kau akhirnya gunakan nama perempuan ini, dan burukkan dia. bukankah? "pengasas perhimpunan bersih buat laporan dan minta backup USA terhadap ketiadak adilan MALAYSIA" nampak rasional nya disini?


and again, being MatLuthfi is simply being a youth like me. who have our self stuck in the middle of stupidity. and we simply put it outside of the box by acting like we didn't care. simply by looking at my readers, i knew, lots of us, youth, still care. we want to know what's going on. we really do. but we do it so quietly. and all we can do every time we knew about something is. shook our head. we felt cheated by all those dramas. its like watching cerekarama every Saturday night. its full of bullshit. "kami saja kosongkan jiwa kami, pasai otak kami, dah penuh dengan bullshit politik yang hangpa duk main ni" 


kami mmg nampak macam tak ambil tahu, tapi kami bincang antara kami. kami mmg nampak tak peduli, tapi kami cerita bila malam sunyi. tapi kalian? ada kalian dengar kata kami? yang penting bagi sang tertinggi semua adalah, siapa yang nak dipenjarakan esok? siapa yang akan didakwa esok? atau, persaing mana aku nak gulingkan esok kah? kalau esok ada PRU, malam ni, semua org akan kaya sekejap, sebab, masa ni lah satu satunya masa, politician, ingat kat kami. masa masa lain? hangpa duk ingat antara hangpa ja.


jadi, jangan salahkan kami yang diam, dan menjadi jadi. kalau tgk, matluthfi , ada marah si wanita. itu kiasan untuk kata, orang Malaysia, yang terlibat dengan politik2 ni semua, tak tahu nak kawal masalah. menambahkan lagi mungkin. jadi, macam mana nak expect politik semakin baik, kalau teras si akar, terlalu keras utk diubah? sudah faham?


orang kata kami macam lalang, tiada pendirian. 


mak saya ckap "buat apa jadi lalang.. jadi la padi.."
saya: pokok besar je salah pandang kami lalang.. sebenarnye kami lah padi.. tunggu nak berisi.. - seorang komentar di youtube kata.


aku sokong kata saudara ni. tunggu masa, sebab selagi belum tiba masanya, takde yang nak dengar cakap kita.


so, back to my topic earlier, aku kembali senyum, sebab banyak juga org semacam aku yang suaranya macam aku juga, beza medium tidak mengapa, yang penting ini bukti, kami si muda mudi, ambil tahu. thats all from MY POINT OF VIEW.

Tuesday, January 10, 2012

hotdog 901

Assalamualaikum Wbt. hello semua pembaca MOOV. kalau ada antara kalian merupakan pengikut yang membaca blog aku dari awal dulu, haruslah perasan yang blog ini sudah lama tidak mengeluarkan idea idea serius. idea idea yang kadang kadang akan buat korang cepat cepat tutup tingkap mozilla cheese korang atau sebagainya. maaflah, kesempitan waktu, dan kekurangan ilmu tentang isu semasa membuatkan aku jadi patah jari nak menari. 


akan tetapi, pada hari cuti aku pada hari ini, aku mendapat peluang untuk menonton Buletin Utahi di TV3. sebenarnya memang dah niat aku dari pukul 7 ptg lagi nak duduk depan tv dan tgk berita, kerana hari ni tercatatlah satu lagi sejarah *applause** . iaitu, harini merupakan hari pemberitahuan keputusan perbicaraan Anwar Ibrahim. **ini yang pasal kes main belakang bersama si Jambu Saiful. sebenarnya taklah terlalu interesting, tapi dia jadi interesting kerana, terdapat sekumpulan fanatik DSAI yang telah mengembar gemburkan untuk buat perhimpunan, "BEBASKAN ANWAR - 901" . maka aku sebenarnya tertarik untuk ambil tahu , apa yang terjadi berkenaan perhimpunan itu, sekaligus, akan tertahu juga tentang... apakah keputusan perbicaraan itu??? **


maka, aku mulakan entri ini dengan memberitahu sekali lagi buat sekian kalinya, bahawa aku, bukan penyokong sesiapa. "im not pro-government, pro-opposition. not am I an anti-government, or anti opposition. I am just, pro-common sense. - IniAnwarHadi pro common sense video." aku hanyalah membangkitkan apa aku rasa sebagai orang yang boleh berfikir secara akal logik. maka, mari bermula.


jadi, seperti yang mungkin ada setengah dari kita tahu, Anwar Ibrahim menang sudah kes itu, apabila Hakim bertugas menetapkan bahawa, Anwar tidak bersalah, kerana jika mengikut penerangan-tak-berapa padat Buletin Utahi tadi, Hakim dikatakan memberitahu, bahawasanya, kes jadi tak legit apabila, Saiful merupakan org yang dituduh dipermainkan, dan dia jugalah merupakan saksi tunggul, maaf, maksud aku saksi tunggal kes. maka, macam tak cukup bukti katanya. dan kata beliau lagi, tak nampak kesahihan semua barang bukti takde second hands-on yang boleh mengubah barang bukti. yang membuatkan aku munsykil, apa politikkah ini? sepatutnya sang Hakim itu sudah boleh potong proceding yang makan duet rakyat-yang dah tiga tahun dibicarakan tuu. haihhh. okay, aku mengalami sedikit blockness melihat gades yang perasan cantik selepas mandi, dan menangkap gambarnya di telefonnya yang akan berbunyi sangat kuat setiap kali snap ni.


maka seperti biasa, keranalah aku sedang menonton Buletin Utahi, haruslah, kemudiannya, keluar lah wajah jambu Perdana Menteri kita yang berkata ternyatalah, Mahkamah Malaysia sememangnya telus dan tidak menjalankan sebarang konspirasi politik terhadap ketua pembangkang seperti yang digembar gemburkan. Tun Dr Mahathir yang aku sanjungi pemikirannya juga turut keluar untuk mengatakan, cukup cukuplah kata kerajaan memanipulasi Hakim. bagi aku, aku sendiri yakin, sedikit sebanyak pasti ada manipulasi hakim.


if there is no judge manipulation, the Judge itself is a wise and most knowledgeable person to actually extend this trial up to 3years. I've been knowing about this case since I'm off from school, till now. so where's the relevancy of extending this case, and at last, just saying that the Judge thought that its just not legit for the victim himself to be the only witness of the case. He should have thought about it, last 3 years. but surely, everybody have their own reason, and my thinking brought me to two things. in which, its just a provocation to DSAI to show that the government have the power to put him in a shaky condition, or maybe, this is just a drama, in which, as assumed, the leader will at last say, that this show how Malaysian court is in a free and solomonic condition.


selain dari itu, berkaitan dengan perhimpunan pagi tadi, sang Polis pula berkata yang perhimpunan berjaya dikawal dengan baik oleh pihak polis. apakah tahi?? padahal, fragment berita sebelum itu baru cerita tentang 3 bom buatan sendiri telah meletus dan mencederakan lebih kurang 3 atau lebih orang dan beberapa kenderaan polis dan orang awam. jadi, apakah sebenarnya kejayaan PDRM? aku rasa PDRM ni masih bermimpi malam tadi, dan tak sedar apa itu makna sukses. sepatutnya sukses kawalan bermaksud,tak perlu ada orang terluka atau sakit jantung kerana terdengar letupan yang mengejutkan itu. ini tidak. 3 butir bom ye. 3 BUTIR.


maka, sekali lagi pula, aku ingin kutuk habis habisan orang yang claim nak buat perhimpunan aman ni. palehotak kau aman kalau dah meletup letup bom segala? kalau tetiba yang lalu sebelah kereta yang kau nak letupkan itu adalah makcik tua yang mmg jantung tak kuat lagi, dan tiba tiba mati kerana serangan jantung camne? atau ada baby dekat dekat situ dan baby itu pekak seumur hidup kerana letupan kau, camne???? 


so, my conclusion is, Malaysian politic is getting more and more un-interfere-able by me. i can no more brain what type of jokes all this politician are trying to do. sometimes, this is just why, people like Adam Adli existed. its not like i said he did the right things. he is also very confused. and i didn't blame him for being stupid, because this so-called Malaysian politic itself makes him lost in this bloody mind blowing war. and so true, that seeing this proves that, although we came from the same race, Malay, we do fight for stupidity. and i think, its just a very stupid scenery. not applicable to my mind. so, thats all from MY POINT OF VIEW.

Tuesday, January 3, 2012

Amalina appakahhhh?

Assalamualaikum Wbt.maaf,aku tiada entri tentang Amalina. kerana bagi aku, tiada apa yang penting tentang perubahan, atau, baju apa dia pakai, atau cornflakes jenama apa dia makan, atau sabun mandian apa yang dia guna, mahupun, telefon bimbit apa yang dia beli. entri ini lain. orang tak faham, takkan faham, tapi ini luahan aku menangis, mengenang sepasang rakan. this is a tribute to a past.


sometimes life can be too unpredictable. things can be out of hand in just a matter of second.we can start planning undesirable things just in a blink of an eye. sometimes, we really don't belong to where we are standing. to much complication can be done just by forgetting for a while.


after doing all the confession we must do. i sat down and think, does this what we must do. a grown up man, respectable man. so i walk to the old man, and ask him, to meet the man on the other side. me. so slowly. that i actually feels like a moving steamroller. everything felt too heavy. and there he is, the man on the other side, smiled so flatly with this dull watery face. provided that its after Zuhur, i saw a prayer mat. those anger from early this morning, i left it outside. the husky voice that i kept hearing from early this morning is getting far away. i looked him in the eyes. the old man with the uniform is still there. accompanying me.


listen. 


the words felt too spiky, that it feels like its hurting my throat for me to let it out. then i asked, my friend, what have you done. he cried lot. not answering my question, or just maybe answering my question with his own way. i felt the pain. the man on the other side, sat down. and told me everything from A to Z. my hand felt too cold. mix feelings.


this feeling of killing him, but to actually tell him, I'm with him too.


mate, i know, we never planned what happened, but what you have done, is not a simple thing. and we might not plan it, but you do. you planned it. i walk past the iron fence after looking in his eyes . walking back to the sits, and its like walking down memory lane. truely, you are both the sweetest legal "friendship" I've ever witness. and for the lady in my sweater. I'm sorry for what had happen. pray to god. The Almighty is reducing your sins. HE love you my friend.


maaflah, kau mungkin tak faham apa MOOV repekkan. abaikan ini fiksyen, atau dongeng, atau cerekarama, mahupun kisah benar, tapi ada nasihat aku nak katakan. cubalah untuk tidak lupakan Sang Pencipta. kerana sesungguhnya, bisikan syaitan itu terlalu kuat hingga kita boleh melakukan sesuatu perkara yang akan kita sesali SEUMUR HIDUP. kau dh tak boleh patah balik kalau sebesar ini salah yang kau dah buat. *shed tears*. satu aku minta pada pambaca pambaca. doakan secara random, supaya ini akan tenang. tak faham juga kan? abaikan. doakanlah kesejahteraan semua yang kalian kenali. 


thats all from MY POINT OF VIEW.

Monday, January 2, 2012

yang ke saratus

Assalamualaikum Wbt. hello semua rakyat jelata. syukur aku sudah menjejak di tahun 2012. dan syukur, sudah post yang ke seratus. Alhamdulillah, dalam kekalutan perasaan dan kekalutan masa, aku sempat lagi untuk update blog ni. haihhh, sedang aku relax relax menunggu sang kekasih pulang, aku jumpe satu video. silalah tengok, kemudian aku akan bagi sedikit kata kata dihujung ini.



too much things i would like to state clear about this video. to be true, i am a smoker.and im also, one of those fellow who used to forget bout the origin. makes mistakes. lucky me, i don't forget fully. not that i put Him too far, but, sometimes, we forget. being forgetful, sometimes, i found myself, wandering around clueless. this is what we called being in the state of helpless. and as a normal human being, i turned to Him again when I'm in trouble. what MatLuthfi try to tell us here, is so clear.

aku takleh cakap yang aku akan berhenti merokok, tapi, aku boleh terjaga dengan video ni, untuk slow down.

im not being a sarcastic fellow, saying that im too good in religious. but, its not wrong to actually take the good parts of the video.

aku rasa apa lelaki itu rasa, hilang semua, lupa semua. tapi, kita boleh balik. tak kira macam mana perwatakkan kita. siapa kita, apa kesalahan kita, kita sentiasa boleh cari dia. memang kita banyak yang salah, tapi, Tuhan takkan buang hambanya, selagi kau tak buang Dia.

so, for my friends out there, jutaan kali pernah aku kata, Tuhan takkan duga hambanya dengan sesuatu yang tak mampu ditanggung hambanya. patah balik, renung balik. kalau kau ada masalah, kau ada kawan kawan, kau ada family, kau ada semua. kau ada Tuhan.  so thats all from MY POINT OF VIEW.