im a kampung boy

Wednesday, April 6, 2011

tolong biarkan dia bermaharaja lela

Assalamualaikum Wbt. hello semua. selamat2, hari ni entri mari ketawa mengenang beliau. HAHA,korang pernah dengar name Syed Mohamad Asri tak? hihi, tak eh? SHY8? mungkin juha jarang, bagaiman dengan nama ni?? USOP WILCHA. USOP PENARI KEBUDAYAAN? HAHA, lawaknya berjaya menceriakan hidup kita dirumah sekeluarga. baru baru ni kemunculan beliau di ABPBH2010 turut mendatangkan fenomena baru.
dia ni bagi aku lawak supersempoi siot. cara dia bawak diri dia. wow! awesome, lama aku tak tgk cerita melayu yang leh wat aku gelak chitbritx macam cerita HKLBR ni. bydaway, mari aku sajikan sikit tentang beliau.

PEMILIK nama Syed Mohamad Asri atau nama komersialnya Shy8 tidak pernah menjangka bahawa dia akan mengecapi populariti pada usia 46 tahun.
Dia juga tidak menyangka setiap langkahnya kini menjadi perhatian. Malah, tidak ada satu hari yang dilaluinya berlalu tanpa fotonya diambil bersama peminat sejak pecinta filem tempatan mula terpikat dengan watak Usop Wilcha lakonannya dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah.

korang ada fanns banyak camni? takdekan???
"Saya agak terkejut pada mulanya apabila saya keluar beli barang dapur di pasar raya ada mata-mata memerhati, senyum dan kemudian minta untuk bergambar dengan saya.

"Peminat juga memanggil saya dengan nama Usop Wilcha bukannya Shy8. Saya juga sudah terbiasa dengan panggilan Usop. Memang Usop lebih popular daripada Shy8.

"Reaksi yang saya terima itu tandanya peminat menghargai lakonan saya dalam filem itu dan saya berterima kasih atas sokongan mereka," katanya memulakan bicara.

Populariti yang diraihnya itu menandakan peminat filem Malaysia kini lebih menilai bakat dan impak lakonan.

"Saya muda lagi (ketawa). Saya ingatkan saya tidak dilihat, maklumlah saya jadi pelakon bila usia cecah angka 30-an. Sebenarnya faktor usia itu jangan dikira, populariti serta perhatian akan datang, jika lakonan yang diberi menyentuh hati penonton," jawabnya.




Sambung bapa kepada Syed Caliph Umar, 8 bulan dan suami kepada Noorafiza Abdul Aziz, 28, dia juga tidak menyangka filem Hantu Kak Limah Balik Rumah yang sepatutnya menjadi filem terakhirnya merupakan permulaannya untuk kembali ke gelanggang seni.




"Kalau ikutkan saya tidak mahu berlakon lagi kerana mempunyai komitmen kerja tetap sejak empat tahun lalu. Tetapi disebabkan watak Usop ini merupakan kesinambungan daripada filem Zombi Kampung Pisang, saya berlakon juga.


"Bila lihat sambutan dan sokongan peminat, saya terpaksa tarik balik keputusan untuk berhenti berlakon tetapi saya buat secara sambilan sahaja," katanya yang memegang jawatan sebagai Pengurus Komunikasi Korporat syarikat Tanjung Offshore Berhad.

Tambah Shy8, dia juga bertuah kerana bakatnya dilihat oleh teman lamanya iaitu pengarah Mamat Khalid.

Malah dia juga mempunyai majikan yang memahami kerja seninya dan memberi kelonggaran untuknya berada di lokasi penggambaran setiap hujung minggu.

"Saya berterima kasih kepada pengarah Mamat Khalid yang bijak mewarnakan watak saya dan memahami komitmen kerja saya.

"Saya hanya boleh menjalani penggambaran setiap hujung minggu sahaja dan setakat ini saya selesa bekerja dengannya.




"Bukan tidak mahu kerja dengan pengarah lain tetapi saya bimbang kerana jadual saya akan mengganggu perjalanan penggambaran, jika mereka boleh terima syarat itu, boleh sahaja saya berlakon," tuturnya.

Terbaru, Shy8 baru sahaja selesai menjalani penggambaran sekuel filem Hantu Kak Limah Balik Rumah yang berjudul Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit.


ini antara trademark popular beliau
aku rasa penyanyi asal lagu soley2 pon, takleh kalahkan popularity die di malaysia skng.




hahaha,besarnya impak usop wilcha ni, sampaikan beberapa hari lepas, masa perak menang bola pon, mereka meraikannya dengan buat tangan menari nari macam usop wilcha! ni baru havocc! (: HAHA, kan ke HKLBR tuu, bahasanya negeri Perak kan???  





jadi, itulah tuuu, so pade siapa2 yang tak tgk lagi lakonan usop wilcha ni, dah leh pegi beli dvd original dia di pasaran,bukan mahal sangatpon, seriusss, berballoiiii. (: weeee. donE with todays review from MY POINT OF VIEW.

No comments:

Post a Comment