im a kampung boy

Wednesday, April 18, 2012

sukan kehidupan

Assalamualaikum WBT kepada semua pembaca pembaca aku yang aku sayangi. selamat petang, hampir senja, malam, tangah malam, subuh, selamat pagi, tengahari, mahupun selamat hari hari. diharapkan semua pembaca pembaca aku dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. jadi beberapa hari lepas aku ada cerita tentang masalah yuran dalam sistem pendidikan negara. tapi tak dapat aku habiskan sebab keadaan kesihatan tidaklah mengizinkan. tetapi harini InsyaAllah aku akan menulis secara lebih serius tentang perkara ini. 


Sesungguhnya, aku tahu ramai yang dah tahu tentang isu PRU baru tahun ini, isu pendidikan. semua pihak nampaknya berlumba lumba untuk memberi pendidikan terbaik buat anak anak muda mahupun anak anak tua di Malaysia ni. Kesemua belah pihak nampaknya tanpa berbelah bahagi mengatakan yang mereka boleh bagi "pakej pendidikan Nasional" yang paling efektif dan murah. Baiklah, seperti biasa, awal awal akan aku tekankan disini, aku tidak menyokong mana mana pihak.Aku bukan penyokong kerajaan mahupun, penyokong pembangkang.Aku adalah pemerhati sahaja. Aku hanya tulis berlandaskan satu "guideline" sahaja, iaitu, common sense. Maka bermula dengan common sense, sebagai seorang rakyat Malaysia yang biasa sahaja, aku mula mempertikaikan banyak agenda dan isu yang telah dibangkitkan. 


Seperti yang kita tahu, parti pembangkang sedang sibuk me-war-war kan tentang hasrat ketua mereka DSAI untuk menghapuskan PTPTN sekiranya DSAI diundi menjadi perdana menteri untuk PRU13 ini. tetapi, saja aku nak bertanya disini, pernahkan DSAI sendiri fikirkan apa impak kata kata beliau ini, dan bagaimana pelaksanaannya kelak? Perihal yang ni aku tinggalkan dulu untuk aku rungkai kelak, mari pergi ke akar masalah. Kenapa terjadinya tuntutan ini pada awalnya? Ya tepat sekali kalau ada yang menjawab ini semua adalah agenda pilihanraya. Tetapi, masakan pokok bergoyang kalau tiada angin yang bertiup. Bagi aku semua benda ni berlaku kerana, kelemahan dalam pucuk pimpinan sekarang. Apa yang lemah? Satu je yang paling ketara bagi aku, kelemahan dalam pengurusan kewangan negara. Korupsi. Itu kata kunci ayat tegak aku hari ni. 


Kalau ramai yang perasan, korupsi dah jadi kudis yang merebak di negara kita ni. Bagitahu aku, macamana negara kita nak maju kalau 80% (bukan fakta) wang rakyat telah dikorupkan?


Ya, negara yang penuh dengan korupsi sangat sukar membangun ya. Persetankan dulu sistem pendidikan negara, mari pergi pada perkara paling asas dalam pentadbiran negara, institusi kesihatan Negara.Aku yakin semua pembaca *moov* sekurang kurangnya pernah pergi hospital kerajaan sekali kan? adakah semuanya memuaskan? aku tolong jawabkan dengan TIDAK. Tidak dari segi perkhidmatan, tidak dari segi infrastruktur. Jadi sebagai rakyat biasa, bagi aku, adalah menjadi satu dari pada tanggungjawab kerajaan yang memimpin untuk memberikan keselesaan ini kepada rakyat Malaysia, akan tetapi malang sekali buat rakyat Malaysia, kerajaan yang diharapkan menjaga, kini bertukar menjadi pagar yang memakan padi. 


I often ask myself, what's the average salary of a minister? What about their bills and many sort of things. But i can't keep myself from thinking where do they spent those money to. Then I remembered reading about their wives going to an oversea trip, their daughters studying far abroad, and not to forget their sons with the latest model of sports car. This sometimes do makes me support the urge to abrogate PTPTN loan. Why not Sir? Isn't it better for you guys to give free education to Malaysian children, instead of, only YOUR CHILDREN? If we start the debate about this your-and-my thing, I shall again ask you, why do everyday stall which was  situated anywhere profitable were all given to your party member-family member-members? Isn't this another proof showing how corrupted we are? 


Malaysia, we do TV SERIES to help the poor. but the best we offer is food. yes, might as well the receiver is thankful enough, but actually, why don't the government gave them working opportunity? or maybe gave them one of the stall i talk about earlier for them to start their business? 


Aku pasti hari ni ramai ahli politik duk bising, mana ada duit kita nak bagi pendidikan percuma pada budak budak negara belum mampu! tapi maafkan saya bertanya, macam mana saudara punya kekasih hati berambut sederhana itu dapat membeli cincinnya. tidakkah harga cincinnya itu boleh menanggung hampir 50000 pelajar Malaysia sehingga tamat diploma? bukankah proses menegangkan rambutnya itu boleh menyara hampir 10000 pelajar hingga habis degree mereka? yaaa. jangan terperanjat. ini benar. Maka apabila DSAI beria ria mahu memperjuangkan ini, aku tak pelik ramai yang ingin berada dibelaknag beliau.


tetapi...........


berapa yang tahu ini hanyalah agenda DSAI? tidak, saya tak kata beliau menipu. saya cuma kata, kalaupun beliau dapat menjadi PM nanti, belum tentu dia dapat terus memansuhkan PTPTN. kerana? kerana ianya bukan satu perkara kecil. katakan pada saya, dari mana dia ingin cari wang untuk tampung semula semua kerugian itu?? semua wang2 lain, telah menjadi harta peribadi menteri2 sebelumnya. maka, nanti, kita akan back to basic. jadi pelajar yang menunggu sahaja. lagipun, aku ada terbaca satu fakta. bahawasanya, PTPTN telah dilaksanakan pada tahun 1997. semasa waktu pelaksanaannya itu, PM Tun Dr Mahathir sedang bercuti. dan tekalah siapa timbalan yang telah meluluskannya pada awal awal dahulu? yes. its DSAI. jadi nampakkah anda? yang ini sememangnya sandiwara semata mata.


berbalik balik pada isu PTPTN. entah, bagi aku tak salah kalau ada PTPTN asalkan kerajaan tak korup. konsep kita belajar dan kita bayar, mmg elok supaya kita lebih menghargai ilmu. cuma semuanya kena diubati dari akar. dari pangkal kenapa timbulnya desas sakit hati pembayaran semula. yang baca kebanyakkannya yang bijak pandai, paling tak pon masih bersekolah, maka, nilailah sendiri cakap aku ini. thats all from MY POINT OF VIEW.

No comments:

Post a Comment