im a kampung boy

Tuesday, January 24, 2012

kembali senyum

Assalamualaikum Wbt. hello semua pembaca gua yang tercinta. kesibukan kota dalam merancang semua yang sedang dan bakal terjadi membuatkan aku jarang muncul di wall kalian dengan isu baru. akan tetapi, terima kasih kepada sang kekasih, aku akhirnya didatangkan dengan isu, dan bahan yang buat aku sanggup spent masa duduk disini. sesungguhnya, aku tak mahu kata yang banyak saja, aku mahu kalian lihat, dan baca kemudiannya, apa yang ingin aku, katakan.




selesai menonton? maka, semasa aku tonton video ini, sungguh aku tersenyum sendirian. ternyata sebelum ni , banyak kata kata aku, bukan hanya sekadar si bodoh yang bisu tak mahu bertanya. bila wujud video begini, aku makin yakin dengan apa yang aku rasa. aku bukan si penuding jari, atau si pencari salah, aku hanyalah mencari yang betul, dan tak perlu aibkan yang salah. kalau hendak dicerita ttg salah org, sampai tahun kereta terbangpon, belum tentu habis. "berdiripun tak kena, tersenyum pun dimarah, apa sebabnya? apa yang tak kena? bergaya pun dilarang, apa lagi dipandang, apa sebabnya?" ini cara "anak cina" ini expresikan apa yang baru aku katakan. kalau semua benda kau pandang salah, maka adakah kau sahaja yang betul didunia ini. 


sama juga tentang perihal saling membusukkan."politik apa hang cakap? politik hang bughuk kan dia, dia bughukkan hang?" adakah kau sahaja yang betul, sehingga satu Malaysia perlu tahu, yang tak betul ttg dia, atau, sebenarnya, kau tak mahu kalah bukan? kau tahu kau tak kuat, maka mari jatuhkan dia. begitukah persepsi politik Malaysia indah ini? bukankah, kalau kau tahu, kau lemah, kau perlu kuatkan diri kau dan tampal kekurangan kau? untuk rakyat? "siapa yang nak cegah masalah, pergi tutup lubang, siapa yang nak kawal masalah, pergi cari baldi" bagi aku ayat beliau ini sangat meaningful. untuk translate dalam cara aku, aku ada many points untuk ayat ini.


yang pertamanya, logik rasional kalau kau guna, tadah lah air tu guna baldi, dan setiap jam kau kene tukar baldi itu. itu kawal. kau kene buat kerja berjuta kali sampai lah nanti hujan berhenti. samalah jugak. kau boleh bising bising satu pekan itu dan ini ttg keburukan org lain, tapi, adakah tindakan yang kau buat itu, memadai, atau hanya akan buat orang lagi benci? kalau kau awal2 dah tampal lubang tadi, sekarang kau tengah happy tengok cerita Datin Ghairah bersama kawan kawan. tapi ttp tak mahu, maka datang pulak olahan aku yang kedua. semasa atap kau bocor, kau sibuk bergaduh nak tampal, atau nak guna baldi. si kachak kata, tampal, tayah buat kerja kali kali, si jambu pula kata, takpe, bukan hari hari hujan, tadah sudah. selama 2jam bergaduh nak buat mana satu, dengan harapan, kata kata dorg, boleh jadi penampal dan baldi. akhir? rumah kau banjir, perabut kau rosak.


samalah. rakyat kau kotor, sebab politik kau tahi. kau bukan fight untuk rakyat. kau fight untuk menang. selain dari tu, kalau kau tgk, bile dtg masalah macam ni, dan ade yang melempar kata, baru dua dua tiba tiba bising seolah olah mahu bekerjasama. aku sudah dengar jutaan kali, si hijau dan si merah mahu bergabung demi kepentingan rakyat. tahi apakah? semakin bergaduh adalah. harini kau tumtamtumtam, kerana dicocok, esok bergaduh lagi? 


and just seeing at the lady there, she looks so "nothing" right? but do you know, that she actually represent the environment of our country? she's actually the main character of this short film. she is filming the people of Malaysia there. she helps you see. Malaysia fought for independence.they; the old folks, fought for independence. she fought for independence, but politician fought between each other in front of the people of Malaysia. that's the rationality of this "ticket issue".


kata orang ini, "takkan aku nak bayar duit untuk benda yang aku tak tgk?" sama seperti, aku tak payah bayar semua ni, aku tak tgkpon org dahulu berjuang. kata aku, org ini pendek akal. dan si perempuan cuba baikkan situasi. dan, kau akhirnya gunakan nama perempuan ini, dan burukkan dia. bukankah? "pengasas perhimpunan bersih buat laporan dan minta backup USA terhadap ketiadak adilan MALAYSIA" nampak rasional nya disini?


and again, being MatLuthfi is simply being a youth like me. who have our self stuck in the middle of stupidity. and we simply put it outside of the box by acting like we didn't care. simply by looking at my readers, i knew, lots of us, youth, still care. we want to know what's going on. we really do. but we do it so quietly. and all we can do every time we knew about something is. shook our head. we felt cheated by all those dramas. its like watching cerekarama every Saturday night. its full of bullshit. "kami saja kosongkan jiwa kami, pasai otak kami, dah penuh dengan bullshit politik yang hangpa duk main ni" 


kami mmg nampak macam tak ambil tahu, tapi kami bincang antara kami. kami mmg nampak tak peduli, tapi kami cerita bila malam sunyi. tapi kalian? ada kalian dengar kata kami? yang penting bagi sang tertinggi semua adalah, siapa yang nak dipenjarakan esok? siapa yang akan didakwa esok? atau, persaing mana aku nak gulingkan esok kah? kalau esok ada PRU, malam ni, semua org akan kaya sekejap, sebab, masa ni lah satu satunya masa, politician, ingat kat kami. masa masa lain? hangpa duk ingat antara hangpa ja.


jadi, jangan salahkan kami yang diam, dan menjadi jadi. kalau tgk, matluthfi , ada marah si wanita. itu kiasan untuk kata, orang Malaysia, yang terlibat dengan politik2 ni semua, tak tahu nak kawal masalah. menambahkan lagi mungkin. jadi, macam mana nak expect politik semakin baik, kalau teras si akar, terlalu keras utk diubah? sudah faham?


orang kata kami macam lalang, tiada pendirian. 


mak saya ckap "buat apa jadi lalang.. jadi la padi.."
saya: pokok besar je salah pandang kami lalang.. sebenarnye kami lah padi.. tunggu nak berisi.. - seorang komentar di youtube kata.


aku sokong kata saudara ni. tunggu masa, sebab selagi belum tiba masanya, takde yang nak dengar cakap kita.


so, back to my topic earlier, aku kembali senyum, sebab banyak juga org semacam aku yang suaranya macam aku juga, beza medium tidak mengapa, yang penting ini bukti, kami si muda mudi, ambil tahu. thats all from MY POINT OF VIEW.

1 comment: