im a kampung boy

Tuesday, January 10, 2012

hotdog 901

Assalamualaikum Wbt. hello semua pembaca MOOV. kalau ada antara kalian merupakan pengikut yang membaca blog aku dari awal dulu, haruslah perasan yang blog ini sudah lama tidak mengeluarkan idea idea serius. idea idea yang kadang kadang akan buat korang cepat cepat tutup tingkap mozilla cheese korang atau sebagainya. maaflah, kesempitan waktu, dan kekurangan ilmu tentang isu semasa membuatkan aku jadi patah jari nak menari. 


akan tetapi, pada hari cuti aku pada hari ini, aku mendapat peluang untuk menonton Buletin Utahi di TV3. sebenarnya memang dah niat aku dari pukul 7 ptg lagi nak duduk depan tv dan tgk berita, kerana hari ni tercatatlah satu lagi sejarah *applause** . iaitu, harini merupakan hari pemberitahuan keputusan perbicaraan Anwar Ibrahim. **ini yang pasal kes main belakang bersama si Jambu Saiful. sebenarnya taklah terlalu interesting, tapi dia jadi interesting kerana, terdapat sekumpulan fanatik DSAI yang telah mengembar gemburkan untuk buat perhimpunan, "BEBASKAN ANWAR - 901" . maka aku sebenarnya tertarik untuk ambil tahu , apa yang terjadi berkenaan perhimpunan itu, sekaligus, akan tertahu juga tentang... apakah keputusan perbicaraan itu??? **


maka, aku mulakan entri ini dengan memberitahu sekali lagi buat sekian kalinya, bahawa aku, bukan penyokong sesiapa. "im not pro-government, pro-opposition. not am I an anti-government, or anti opposition. I am just, pro-common sense. - IniAnwarHadi pro common sense video." aku hanyalah membangkitkan apa aku rasa sebagai orang yang boleh berfikir secara akal logik. maka, mari bermula.


jadi, seperti yang mungkin ada setengah dari kita tahu, Anwar Ibrahim menang sudah kes itu, apabila Hakim bertugas menetapkan bahawa, Anwar tidak bersalah, kerana jika mengikut penerangan-tak-berapa padat Buletin Utahi tadi, Hakim dikatakan memberitahu, bahawasanya, kes jadi tak legit apabila, Saiful merupakan org yang dituduh dipermainkan, dan dia jugalah merupakan saksi tunggul, maaf, maksud aku saksi tunggal kes. maka, macam tak cukup bukti katanya. dan kata beliau lagi, tak nampak kesahihan semua barang bukti takde second hands-on yang boleh mengubah barang bukti. yang membuatkan aku munsykil, apa politikkah ini? sepatutnya sang Hakim itu sudah boleh potong proceding yang makan duet rakyat-yang dah tiga tahun dibicarakan tuu. haihhh. okay, aku mengalami sedikit blockness melihat gades yang perasan cantik selepas mandi, dan menangkap gambarnya di telefonnya yang akan berbunyi sangat kuat setiap kali snap ni.


maka seperti biasa, keranalah aku sedang menonton Buletin Utahi, haruslah, kemudiannya, keluar lah wajah jambu Perdana Menteri kita yang berkata ternyatalah, Mahkamah Malaysia sememangnya telus dan tidak menjalankan sebarang konspirasi politik terhadap ketua pembangkang seperti yang digembar gemburkan. Tun Dr Mahathir yang aku sanjungi pemikirannya juga turut keluar untuk mengatakan, cukup cukuplah kata kerajaan memanipulasi Hakim. bagi aku, aku sendiri yakin, sedikit sebanyak pasti ada manipulasi hakim.


if there is no judge manipulation, the Judge itself is a wise and most knowledgeable person to actually extend this trial up to 3years. I've been knowing about this case since I'm off from school, till now. so where's the relevancy of extending this case, and at last, just saying that the Judge thought that its just not legit for the victim himself to be the only witness of the case. He should have thought about it, last 3 years. but surely, everybody have their own reason, and my thinking brought me to two things. in which, its just a provocation to DSAI to show that the government have the power to put him in a shaky condition, or maybe, this is just a drama, in which, as assumed, the leader will at last say, that this show how Malaysian court is in a free and solomonic condition.


selain dari itu, berkaitan dengan perhimpunan pagi tadi, sang Polis pula berkata yang perhimpunan berjaya dikawal dengan baik oleh pihak polis. apakah tahi?? padahal, fragment berita sebelum itu baru cerita tentang 3 bom buatan sendiri telah meletus dan mencederakan lebih kurang 3 atau lebih orang dan beberapa kenderaan polis dan orang awam. jadi, apakah sebenarnya kejayaan PDRM? aku rasa PDRM ni masih bermimpi malam tadi, dan tak sedar apa itu makna sukses. sepatutnya sukses kawalan bermaksud,tak perlu ada orang terluka atau sakit jantung kerana terdengar letupan yang mengejutkan itu. ini tidak. 3 butir bom ye. 3 BUTIR.


maka, sekali lagi pula, aku ingin kutuk habis habisan orang yang claim nak buat perhimpunan aman ni. palehotak kau aman kalau dah meletup letup bom segala? kalau tetiba yang lalu sebelah kereta yang kau nak letupkan itu adalah makcik tua yang mmg jantung tak kuat lagi, dan tiba tiba mati kerana serangan jantung camne? atau ada baby dekat dekat situ dan baby itu pekak seumur hidup kerana letupan kau, camne???? 


so, my conclusion is, Malaysian politic is getting more and more un-interfere-able by me. i can no more brain what type of jokes all this politician are trying to do. sometimes, this is just why, people like Adam Adli existed. its not like i said he did the right things. he is also very confused. and i didn't blame him for being stupid, because this so-called Malaysian politic itself makes him lost in this bloody mind blowing war. and so true, that seeing this proves that, although we came from the same race, Malay, we do fight for stupidity. and i think, its just a very stupid scenery. not applicable to my mind. so, thats all from MY POINT OF VIEW.

No comments:

Post a Comment