bercerita dengan negara ni, aku bersyukur aku di lahirkan pada tahun 1990, boleh di katakan zaman aman pada suatu ketika dahulu, jika nak di bandingkan dgn tahun 1957 dan sebelumnya di mana nenek moyang kita sedaya upaya berjuang utk mempertahankan tanah tempat tinggal kita. bersyukur, aku dilahirkan dalam keluarga yg agak senang namun bukan yg sering terlupa tentang perjuangan yg telah dilakukan oleh mereka yg banyak berjasa kepada negara ini.
namun, aku tak mengerti apa yg sebilangan rakyat Malaysia mahukan lagi. sibuk gah bercerita tentang busuknya kerajaan, penipunya kerajaan yg sering menjadikan mereka sebagai mangsa utk kerajaan mencari untung. bukti? apakah bukti yg mengatakan begitu? sibuk bercerita tentang keburukan org lain, namun pastikah mereka jika mereka yg mengambil alih kerajaan segala yg mereka ingini akan tercapai?
sedih aku lihat, peguam, ahli-ahli cendikiwian, orang-orang cerdik akal, yg pengajiannya sehingga ke luar negara namun sanggup memperjuangkan sesuatu yg hanya utk memuaskan keinginan mereka. kesian, kepada orang-orang yg bagi aku tidak faham tentang apa yg mereka ingini, yg mereka tahu, sekali orang-orang berkenaan meluah segala dari mulut mereke, yg si lurus bendul akan merasakan betul dan percaya bulat-bulat tanpa berfikir. sayang seribu kali sayang. tidak tahukan mereka bahawa mereka sedang diperbodoh?
jika mengatakan segala wang rakyat diambil dan segala haramjadah lagi di minta utk kepentingan kerajaan, apa yg mesti di marah? mengatakan kerajaan tidak membuat kerja, mendiamkan diri bila sesuatu keadaan berlaku? kes si budak di tembak mati oleh seorang polis. sia-sia polis berkenaan di caci-maki, namun tak pernah langsung kita melihat dari segi budak berkenaan dan keluarga beliau. nakalkah beliau, baikkan beliau? kita tidak tahu, yg kita tahu menyalahkan si polis kerana tidak melakukan tugas dengan betul. pandai berkata-kata namun akal fikiran tidak diguna. haishhh.
sibuk dengan aktiviti harian, aku di kejutkan dengan berita sensasi, hal perhimpunan BERSIH, oleh sekumpulan berhaluan kiri, menarik orang-orang yg tidak tahu pangkal tuju perhimpunan berkenaan. sebab yg di canang, ingin menyerahkan memorandom kpd Agong, atas alasan menginginkan satu pemilihan yg telus ke atas pilihanraya. macam-macam yg di utarakan, konon menjadi tempat kpd rakyat utk bersuara. rakyat yg lurus-bendul bertepuk tangan, gah bangga mengatakan org ini HERO rakyat, sedangkan mereka buta tidak sedar bahawa dengan ini boleh menggagugugat kesejahteraan rakyat. aku yg masih muda pun mampu berfikir, benda bodoh, hanya org bodoh yg buat.
bercerita ttg rakyat sendiri, mereka seperti tidak bersyukur dengan apa yg ada. situasi yg pernah aku alami, dalam keluarga aku sendiri. si isteri dan geng wanita penyokong kuat kerajaan, si suami dan geng laki-laki penyokong berhaluan kiri *tak mahu aku menyatakan parti apa, takut kena saman,almaklum mereka suka saman org. satu ketika si kaum laki-laki gah langsung tidak mahu pegang sebatang payung dek kerana lambangnya adalah lambang parti kerajaan, sanggup meredah matahari terik kerna kuat penyatakan sokongan pada parti beliau. namun, sedang sibuk membaja, baru terperasan yg pada guni tersebut mempunyai lambang dacing, apakah tandanya? tidak mereka sedar yg kerajaan yg sibuk memberi mereka rezeki utk bercucuk tanam, kesiann.
hemm, kesedihan dan kekecewaan aku luahkan utk mereka-mereka ini, sanggup menggadai masa depan negara demi mengecapi benda yg sudah di kecapi. kalau nak lihat kononnya Malaysia tidak menjamin masa depan, apakah yg 1Malaysia itu? segalanya hanya RM1. sistem mata wang berlandaskan emas dan dinar, kalau kita tidak sedar Tun Dr.Mahathir yg memperkenalkan lalu Nik Aziz mengikut di Kelantan. gerabak khas utk wanita sahaja di seluruh ktm, bukankan itu salah satu cara Islam? membezakan wanita dengan yg laki-laki namun kita tidak boleh menyekat terus wanita di pecahkan dgn laki-laki, kerna kita perlu mengambil espek, di mana bapa yg tua dgn anak perempuan, takkan si anak perlu meninggalkan bapa yg tua dlm gerabak yg lain? itu kita sendiri perlu gunakan akal kita telah dianugerahi. jgn sedap menuding.
fuhh, macam-macam sudah aku luah ni, kepada anda yg membaca, sudah tentu anda dapat agak aku berpihak kepada siapa. jangan suka menuding dan menyalahkan org, jika betul benda berkenaan salah, bagi pendapat secara ilmiah, jangan buat gaya ayam kampung yg mahu membunuh sesama sendiri hanya utk menjadi jaguh. akal fikiran, itu perbezaan yg Tuhan letak bagi membezakan kita dgn yg lain-lain, gunakan sebaik mungkin. kita akan menjadi tunggak masa depan kita, tak perlu kita sibuk dengan apa yg si tua-tua ini kecohkan, kerna ingat, satu masa nanti mereka akan mati juga, dan kita yg akan mengambil alih ini semua.
ini pandangan aku, jika tidak puas hati, tak perlu luah secara BODOH-BODOH, sila buat entry dan nyatakan pandangan anda. secara ilmiah. jika tak, anda tak ubah seperti ORANG BODOH.
laporan asal ; dunia Mia by Hash yingjun
thanks banyak banyak kepada mereka yang join. dan dengan melihat rate entri yang join iaitu tiga je, aku dapat konklusikan dua benda yang berbeza. pertama samada semua remaja kat Malaysia sangat sibuk, banyak sangat esemen, banyak sangat masalah yang perlu dipikirkan, ramai yang bekerja, atau, kedua, memang remaja Malaysia tak berminat nak bercakap tentang Negara mereka, dan dah muak dan jemu nak cakap apa yang dorang tak suka sebab macam banyak sangat je, dan bukannya pihak berwajib nak dengar. kan?? kann? aku tahuuu tuu.kenkadang aku pun rasa gituuu. bydaway, thanks kepada 3 mereka yang join, dan ini yang paling best dan masukkk bagi aku. nanti tolong contact gua ye cik Hash. (:
thats all (: from HASH POINT OF VIEW.
No comments:
Post a Comment