im a kampung boy

Thursday, June 30, 2011

tolong bersihkan baju tu.

Assalamualaikum Wbt. demm, hari ini sudah hari khamis, dan maaflah semua reader, aku tak tahu kenapa, hari ini aku kene "thursday blues" . HAHAHA. selalu orang Monday blues kan? aku kene Thursday blues. dah lebih kurang 6 ayat aku tulis, dah tiga kali aku berhenti jap dan baring sampai terlena. shiattt! kau dah teruk sangat ni *MOOV* !! mengantukkkkklah derrr. takleh control. okaylah okaylah, sekrang macam dah segar sikit. 

jadi, untuk pembaca tegar blog ni. haruslah perasaan lama dah *MOOV* tak cerita pasal politik kan? HAHAHHA, gua malas layan politik Malaya semenjak due menjak ni senanye. tapi entah mengapa. hari ni aku bagai  dipanggil panggil untuk cerita tentang Bersih 2.0 . okay okay! pada sape yang sibuk kerja, tak baca surat khabar, mahupun dengar berita, Bersih 2.0 bukan nama software yang tolong korang clearkan memory log laptop korang mahupun software bersihkan baju. bersih 2.0 ialah perhimpunan haramjadahakutakfaham yang telah di aturkan oleh orang awam dan beberapa parti haluan kiri Malaya.nak tahu kenapa ia dipanggil Bersih 2.0 ?? kerana acara ini pernah berlangsung pada tahun 2007. itu merupakan kali pertama Bersih dijalankan. ini ada sedikit info bagi kawan kawan yang tak tahu diluar sana.


Perhimpunan Bersih 2007 di Dataran Merdeka telah diadakan pada hari Sabtu, 10 November 2007 . Perhimpunan ini tidak mendapat permit Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur. Ia telah dianjurkan oleh pertubuhan BERSIH yang turut disertai pelbagai parti pembangkang, NGO dan pertubuhan lain. Matlamat perhimpunan ini ialah untuk menuntut pilihan raya yang adil. Perhimpunan ini disertai oleh 100, 000 orang
Bersih menganjurkan perhimpunan ini di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur , Malaysia dengan sasaran 100,000 orang bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agongdi Istana Negara di Jalan Tuanku Syed Putra.
Memarandum ini berkaitan dengan pendakwaan bahawa pilihan raya umum Malaysia lalu kendalian Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) tidak bersih dan menyebelahi kerajaan Barisan Nasional.
BERSIH menggunakan slogan "Gelombang Kuning". Ketika perhimpunan ini diadakan, semua peserta memakai baju berwarna kuning. Amalan ini mirip dengan Orange Revolution diUkraine, yang juga merupakan gerakan yang menuntut keadilan pilihan raya.

Dalam Memarandum tersebut Bersih ada 4 tuntutan yang utama:
1. Penyemakan semula daftar pemilih yang lengkap demi memastikan segala kesalahan dan ketempangan yang sedia ada dapat dihapuskan;
2. Penggunaan dakwat kekal untuk menghalang pengundian berganda;
3. Pemansuhan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi lain di luar negara;
4. Akses media yang adil kepada semua pihak dalam pilihanraya supaya semua parti politik boleh menjelaskan dasar dan manifesto mereka kepada rakyat Malaysia.
info dari wikipidea

ini sikit tentang Bersih 1.0 . Al kesahnya mereka ni nak tuntut keadilanlah sebenarnya. hadoiii, aku tak tahu apa mahu kata. maka, aku tak sokong dan aku tak bangkang. ada juga aku merasa pelik kenapa perhimpunan ini tidak mendapat permit sedangkan bagi aku ini hanyalah sedikit demonstrasi rakyat bodoh yang kononnya tak percaya ketelusan SPR dalam mengendalikan pilihanraya. dimana sebenarnya diorang ini tidak dapat menerima kenyataan yang memang ramai yang menyokong parti haluan kanan berbanding haluan kiri hinggakan mereka assume adanya pengundi hantu jadahsegalaharamentah. kalau sekadar mendengar sahaja aku rasa ramai yang akan rasa kerajaan Malaya macam buyers gituu sebab tak bagi perhimpunan ini dijalankan. kan kan? kalau perhinpunan atau apa apa yang berkaitan haluan kiri lekas je mendapat persetujuan dan kebenaran pihak berkuasa. 

but after doing some reading today, i thought that decision for not approving the assembly was something wise doing. its not really appropriate doing such gathering with sum of not less than 100,000 citizen just to pass a memorandum to Yang Di Pertuan Agong of Malaysia in Istana Negara. firstly, as a must, the person whose going to approve thing permit must be thinking, what the purpose of having to many unappropriated people escorting the person bringing the memo to YDPA. so, what about the King's safety? and by the way, such gathering do effects Malaysia's safety. lots of things might happen. racist violent is the first thing they were scared off.

rusuhan rusuhan berbaur perkauman lah yang palingkita cuba elakkan. nanti jadi plak macam 13 mei. demmm. harap disimpangkanlah ! sesungguhnya Malaysia sebagai negara maju dan bertamadun, takperlu ada isu isu macam ni. tulah aku kata, politik Malaysia ni aku tgk macam dah merepek repek sangat dahhh. dah kenapa nak beramai ramai hantar memo je?? fishy fishy. tapi walaupun tak dibenarkan, bersih tetap dijalankan juga. keras kepala. dan sebagai result, adalah beberapa orang yang ditangkap, dan adalah kejadian pukul memukul segala pada tahun 2007 dulu. jadi, mereka ini tak serikuntuk buat lagi sekali pada entahbilebile 2011 ini. weird mereka ini. tak serik serik.

jadi, aku just nak pesan, kepada kawan kawan aku.yang masih study tuuu, janganlah menggatal gatal anu nak join bende bende ni. tak mendatangkan faedeh langsungg! bak kata sorang ni, korang ni makan pun makayah tanggung lagi ada hati nak join. japg kene tangkap, korang yang menyusahkan mak ayah korang yang sibuk cari duet untuk korang yang sedang belajar dah kenecari duet nak jamin korang kuar jaillak?? ye dak? so, ini jelah sikit entri info tentang Bersih. see you later from MY POINT OF VIEW.

No comments:

Post a Comment