im a kampung boy

Sunday, July 31, 2011

ribuan terima kasih diucapkan

Assalamualaikum Wbt. selamat malam pembaca pembaca gua yang dikasihi. lama tak update blog kesayangan aku ni. keranan sibuk tgk wayang. hahahaha. al maklumlah, Bumble-bee baru sampai Jepang. T.T hehehe. jadi, sebenarnya, aku masih tak puas hati tahap dewa29 tentang kekalahan kelayakan piala dunia 2014 keatas Singapura pada 28JULY2011 yang lalu. sape rase tidak puas hati?? angkatlah tangannn setelah membaca article yang anda akan baca dibawah.

Datuk K Rajagobal telah banyak berjasa kepada bola sepak negara.Satu juara AFF Suzuki dan satu pingat emas sukan sea.Terima kasih Datuk.Tapi...

.....................................................................................

Datuk mempunyai ego yang sangat tinggi.


Satu Malaysia sudah maklum yang Datuk adalah jurulatih Malaysia.Tetapi pasukan negara kita hak Datuk seorang?Oh,maaf..peminat tiada hak bukan?Sebab Datuk kata "saya lebih kenal pemain saya".Datuk mesti sangat kenal Fakhri Saarani,Amar Rohidan,Fadhli Shas,Muslim Ahmad,Mahali Jasuli,Asraruddin dan Ismail Faruqi bukan?Maaf Datuk,saya bukan nak menyalahkan Datuk.Tentu Datuk lebih nampak apa keistimewaan Fakri Saarani yang kami tidak nampak,malahan Ong Kim Swee pun tidak nampak apabila dia tidak menyenaraikan Fakhri Saarani dalam skuad Olimpik.Atau Datuk masih terhutang budi dengan jaringan dia ketika menang ke atas Thailand pada peringkat kumpulan sukan sea dua tahun lalu?itu cerita dua tahun lepas Datuk.

Datuk memang kenal Amar Rohidan bukan?Amar Rohidan memang akan dapat bermain dalam kesebelasan utama selagi Datuk menjadi jurulatih.Shakir Shaari hanya layak menjadi tukang bagi air untuk Amar Rohidan walaupun prestasi memberangsangkan ditunjukkan olehnya sepanjang musim lepas untuk Kelantan.Maafkan saya Datuk,saya tahu Datuk lebih kenal pemain Datuk.


Apa agaknya masalah Datuk dengan Ashaari Shamsuddin?sejak dari AFF Suzuki CUP lagi Datuk memang tidak memberi peluang untuk dia bermain.Datuk ingat tak bila Datuk memberi dia peluang dia bermain,satu gol disumbangkan olehnya semasa final menentang Indonesi.Tetapi sejak itu,Datuk memang langsung tidak memberi peluang kepada pemain ini.S Kunalan kekal menjadi pilihan utama untuk sayap kiri.Di sini saya ingin memberitahu datuk perbezaan utama Kunalan dan Ashaari.Kunalan memang hebat apabila menggelecek,tetapi kadangkala bersikap terlalu tamak dan tidak selalu menjaringkan gol.

Ashaari pula,pemain yang Datuk paling benci boleh menggelecek seperti Kunalan,laju hampir seperti Kunalan dan boleh menjaringkan gol bahkan dia adalah penjaring terbanyak Liga Super 2010.Tidak salah sesekali memberi peluang untuk Ashaari terutama apabila Kunalan kebuntuan idea di sayap kiri seperti dalam perlawanan malam semalam.Tetapi..Datuk lebih tahu.Maafkan saya.Bahkan,Datuk langsung tidak memberi peluang Ashaari bermain walau apapun situasi Malaysia.Datuk lebih senang menurunkan Izzaq Faris berbanding Ashaari atau Badroll Bakhtiar,seperti semasa menentang Singapura di Stadium Jalan Besar.Maaf kata,Izzaq Faris sangat kurang sesuai bermain dan saya rasa Wan Zack Haikal lebih bagus jikalau betul Datuk ingin menyerap seorang striker muda ke dalam skuad negara.

Saya rasa tidak perlu diadakan Liga Super.Kita tunggu Amar Rohidan,Fakri Saarani,Muslim,Asraruddin,Fadhli Shas,Mahali tua baru kita adakan balik.Apa guna pemain seperti Joseph Kalang Tie,Manaf Mamat,Nurul Azwan Roya,Nur Farhan,Nasriq Baharum,S Subramaniam,Daudsu Jamaluddin(sekadar menyebut beberapa nama) bermain cemerlang dalam Liga Super tetapi masih tidak mendapat tempat dalam skuad kebangsaan?
Maaf kata,pemain kesayangan Datuk,Fakhri Saarani tidak layak langsung disenaraikan jika melihat prestasinya sepanjang musim lepas yang baru berakhir.

Datuk oh Datuk.Fernando Torres,striker berharga 50 juta pun tak dapat main first eleven bila dia tak perform Datuk,Berbatov yang berharga 30 juta pun tak dapat bermain first eleven Manchester United apabila prestasi Chicarito lebih sesuai bermain daripadanya.Sekadar memberi beberapa contoh untuk Datuk.

Datuk pernah menyatakan kekecewaan Datuk apabila melihat penyokong memakai jersi Liverpool,Chelsea dan Arsenal pada perlawanan tempoh hari.Tetapi,semalam,semua penyokong menyokong negara tercinta,menitiskan air mata ketika lagu Negaraku berkumandang,menyanyikan lagu Inilah Barisan Kita dengan seikhlas hati,hanya untuk melihat Datuk menurunkan Ismail Faruqi di bahagian tengah,barisan pemain pertahanan yang sama(setelah Aidil dikeluarkan),dan Fakhri Saarani kesayangan Datuk masuk.Saya duduk dalam kalangan penyokong yang melaungkan "tukar2" untuk Ismail Faruqi,hanya untuk melihat Datuk memasukkan midfielder yang lebih kepada defensive style,K Gurusamay.

Datuk,posisi K Gurusamy dalam skuad olimpik lebih kepada posisi Amar Rohidan dalam skuad Malaysia.Posisi Playmaker dalam skuad Olimpik diisi oleh Gary Steven Robert,sekadar mengingatkan Datuk.

Shakir berterusan tidak mendapat peluang untuk bermain.Datuk,Shakir jauh lebih sesuai untuk masuk sebagai playmaker walaupun dia lebih kepada defensive midfielder kerana dalam musim lepas,semasa kemerosotan prestasi Piya,ada perlawanan yang dia berganding bersama Danial Fadzly dimana dia bertindak sebagai playmaker.Mungkin datuk tak pernah tengok perlawanan Kelantan,maklumlah,pasukan juara liga Super tersebut tidak ada apa2 keistimewaan dimata Datuk melainkan Matyo dan Apek. Jikalau tidak pun,apakah Gurusamy sesuai bermain di saat Malaysia memerlukan gol?maaf,saya rasa Ashaari ataupun Badroll Bakhtiar lebih sesuai dimasukkan kerana mereka boleh dan sangat berkemahiran dari segi menjaringkan gol.


Khairul Fahmi Che Mat,penjaga gol yang sudah terbukti kehebatannya sebenarnya adalah penjaga gol nombor dua dimata Datuk.Datuk sebenarnya hanya menggunakan apek diwaktu terdesak,setelah Sharbinee gagal.Contoh pertama,pada Sukan Asia,Apek telah menunjukkan prestasi yang mengagumkan(Apek dapat bermain setelah Sharbinee cedera).Tetapi,dalam perlawanan perlawanan pertama Suzuki Cup,Datuk tetap mahu menurunkan Sharbinee,hasilnya,Malaysia kalah dengan bangganya 5-1 ditangan Indonesia.Hasil desakan ramai,Datuk menurunkan Apek.Datuk telah lupa,memang Datuk pelupa.Dalam perlawanan menentang Singapura di Jalan Besar,Datuk sekali lagi menurunkan Sharbinee.Hasilnya,dua gol awal Singapura hanya dijeling oleh Sharbinee.Maaf kata,kalau Sharbinee bergerak sedikit,walaupun tidak dapat menyelamatkan bola tersebut,peminat masih boleh menerimanya.Datuk terus membiarkan Sharbinee dan barisan pertahanan tersebut bermain sehingga 5 gol berjaya dijaringkan pemain Singapura.

Hasilnya,kita terpaksa menebus defisit 2 gol dan misi itu gagal.
Dengan kelebihan dua gol,bukan salah Singapura bermain secara kotor melengah-lengah kan masa.Itu adalah salah satu taktik bola sepak,bahkan,skuad seperti Inter Milan bermain dengan enam pemain pertahanan semasa menentang Barcelona untuk ke final Liga Juara-juara dua tahun lepas kerana mereka mempunyai kelebihan gol.Walaupun disifatkan anti football,tetapi hasilnya,mereka berjaya ke final dan menjadi juara pada tahun tersebut,itu adalah cara terbaik bagi pasukan yang mempunyai kelebihan gol.

Disini saya ingin memohon maaf andai kata-kata saya berlebihan,menyinggung perasaan penyokong-penyokong kuat Datuk Rajagobal.Maaf,ini sekadar pendapat peribadi sebab masa zaman kejatuhan bola sepak Malaysia dahulu,inilah punca Malaysia jatuh.Muka sama diberi peluang bermain walaupun tidak beraksi mantap macam Khalid Jamlus,Fadzli Shaari,Syamsuri,Indra n the geng.Start era B sathianathan,dia dah bawak muka2 baru dan Datuk awal-awal dahulu pun sama.Tapi,sekarang.sejar​ah berulang
INGAT LAH DATUK,SIAPA YANG MELUPAKAN SEJARAH PASTI AKAN MENGULANGINYA!

jadi, ini merupakan satu pendapat yang awesome! serius shit!! aku percaya ramai yang dah angkat tangan lepas baca niii kan?? so ini jelah from MY POINT OF VIEW.

karya asal , BOLATALK

2 comments:

  1. Setuju2... Dalam soal ini, ego xboleh dijadikan alat untuk kepentingan diri.. Bahkan, ini kepentingan bersama... Seharusnya direnung2 kn n slamat mentafsir..

    ReplyDelete