Assalamualaikum Wbt.selamat malam buat semua readers aku, tapi kalau kau orang baca ni pagi, petang ke, mahupun tengahari, selamat jugaklah. ikut time kalian membaca entri aku ni. jadi, hari ni aku nak bercakap tentang meniru. plagiat. tahukah anda perkara ini adalah salah? masa kecik kecik dulu korang pernah belajar tak meniru masa periksa tu salah? even sekarang masa kalian belajarpun, pasti ada kan yang akan kena gantung lah apalah sebab tiru tiru? sebenarnya aku tak suka perkara camni. actually, kau orang jangan ingat zaman sekolah je ada benda ni. jangan ingat tiru kertas pekse, tiru time final, atau tiru esemen je ada gejala tiru ni, tiru dah berleluasa sekarang. tak percaya? mari baca apa yang aku nak tulis.
kau orang pernah tak pergi berjalan di town2 berhampiran dan ternampak kedai 24H yang ada garisan garisan colourfull menyerupai 7ELEVEN, tapi yang ditulis adalah, A**9, 24**7, dan lain lain lagi. kedai ni sangat serupa macam 7E tapi bukan 7E. hanya design nye saja yang menyerupai 7E, tapi bukan 7E. pernah?? peniruan pertama! kedua, pernah tak pergi mall mall ke then ternampak kedai yang ada M sebijik macam M mcdonald tu? pernah atau tidak? kedai ni pun mestilah nak jual berger jugakkan, dan selalu mereka claim yang berger mereka lebih lah baik dari berger pakcik donald tu. apekahhh? heish, memalukan bagi aku. kenapa memalukan? sebab, korang macam bangga sangat nak sama dengan syarikat ASING, itu syarikat negara luar tu beb. aku lagi bangga dengan gerai2 tepi jalan yang tampal tulis BURGER OTAI *ehem ehem* kat stall tempat menjualnya itu dari terhegeh hegeh nak tiru sangat burger pakcik donald tu. memang sedap mekdi. aku pun makan burger tu, tapi kalau itu dah memang trademark die, kenapa orang orang ni suka sangat nak tiru dan letak kat situ McLijah lah, McDenan lah. dah kenapa ? tak cukup bangga dengan nama burger RAMLY? apelah diorang ni.
dan, yang paling penting sekali, korang pernah tak, bukak blog A, baca baca article, pastu BLOGWALKING lagi, sampai kat blog F tibe tibe korang terbaca article yang sama, ala2 copy paste je dengan blog A tadi? pernah takkk? okay, aku pernah, dan aku marah gila bila benda ni jadi. aku tak tahu siapa yang hasilkan samada blog A atau blog F. dahtu, entah entah dua2 blog ni tiru dari siapa siapa punya blog lain ntah. hesh, nak kongsi benda yang sama tu, tak salah, tapi, sekurang kurangnya, buatlah ayat sendiri, and kalau benar malas nak copy paste jugak, bagilah credit pada pelapor asal. contohnya, kat ending article tu, boleh lah tulis, laporan asal, *link ke blog asal* - credit to, *link ke blog asal*. kan lebih sopan? takdelah macam plagiat berani mati yang tak kesah langsung perasaan orang yang penat penat buat research. walaupun benda ni tak pernha pun berlaku kat blog aku kot, sebab blog aku ni bukannya ada pape yang havoc nak dikongsi, tapi, aku concern lah dengan blog blog lain yang aku selalu tengok gejala plagiat ni terjadi.
jadi, tolonglah ye kawan kawan. hentikan gejala plagiat ini, sangat tak sihat. sila bangga dengan penulisan sendiri, jangan tiru tiru orang lain, buruk benar rupanya. macamlah korang ni slow sangat takleh buat sendiri. okay ! (: done with today, good day peeps ! thats all from MY POINT OF VIEW.
No comments:
Post a Comment