im a kampung boy

Tuesday, April 19, 2011

suka atau tak, sila tgk jam

Assalamualaikum Wbt. hari ini entri aku menyusul pagi kerana, aku tak boleh membuta. asap pembakaran yang sedang lancar berbau didalam bilik menyegarkan hari aku. ditambah pula dengan sedikit rasa rasional sedar diri. aku malas nak tidur. semalaman tak lelap, aku tahu, kalau aku lelap, aku akan cepat tertinggal bas untuk bangun nanti. jadi untuk mengelakkan kemarahan orang lain, aku mengambil keputusan untuk mandi awal. dah dah,ni bukan diari aku, yang perlu aku tulis rutin harian aku. 


sebenarnya, hari ni aku nak petik pasal masa. macam bunga pulak. lantaklah. pagi pagi hari ini aku mendapat hadiah pandangan tajam kekasih hati. demmmm -.-" semua kerana aku terlewat banyak mencari beliau pagi tadi. eh, semua tu, biasalah orang bercinta. lambat sikit. maap ye sayangggg. tapi, cuba kalau kalian bukan pencinta, penyayang, penunggu atau apa apa pe yang lain. kau orang pernah tak merasa menunggu orang macam menunggu biskut basah nak kering? menunggu. tengok jam limabelas kali. tapi yang dinanti tak sampai sampai?  hoiiiiii. aku selalu kena ye. dan yang ni isu penting, kerana aku selalu terkena bila nak tuka shif bekerja. dahlah pekerjaan aku yang tak seberapa tu, selagi takde pengganti tak boleh balik kan? aku terpaksalah menunggu di tepi tempat manis itu, menunggu kedatangan anak anak raja yang memakai jam hanya untuk kelihatan cool dan bergaya. lagi mahal jam, lagi lah rasa diri tu terror. padahal, ntah ntah, tengok jam pon tak tahu.


cubalah kau orang bayangkan, fikirkan, yang orang yang menunggu kau orang tu ada banyak lagi kerja lain selain menunggu korang. contohnya, bagi anak menyusu kat rumah ke, siram pokok bunga ke, atau basuh kereta kesayangan mereka. korang tak rasa ke dengan perangai kau orang yang tak menepati masa tu, kau orang boleh menyebabkan ada anak mati kehausan? bunga mati tak cukup air, atau kereta rosak kerana berkarat? haaa, aku rasa, orang orang yang selalu buat perangai macam ni, sangatlah tidak menghormati masa. aku rasa orang macam ni layak lah diberi-masukkan ke kelas membaca nombor di jam. ataupun, jam mereka haruslah di set 3 jam lebih awal. mungkin dorang akan on time, ataupun, biar diorang pulak rasa apa erti menunggu orang lain. TAK SERONOK. lainlah kalau kau ada alasan kukuh macam kereta rosak, rambut anak terbakar, rambut kakak terkena chewing gum, jam loceng rosak rumah masuk pencuri dengan kertas rasmi lapuran polis, amik report kad anak dengan membawa repot kad tu ke opiz juge, atau benda2 macam tulah, aku boleh accept lagi. tapi, kalau dah hari2 alasan korang jalan jammed, sila tahu erti BANGUN AWAL UNTUK ELAKKAN JAMMED.


hah, cukup aku marah marah, aku nak buat entri review sebenarnya. review tentang jam untuk orang lambat ni, iaitu, JAM BERPENGERA. 


in english, we should call it the vibrating watch. yeahhh! dah lama dah teknologi niii. tapi aku nak buat review juge. sebab aku tahu, kau orang harap je handphone canggih ada vibrating mode, tapi japg, kau orang silent kan phone tu, dan letak bawah katil.buat apa? jadi, aku nak soh kau orang belilah jam ni. lekatkan kat tangan. nanti INSYAALLAH dia akan vibrate mengikut masa yang korang set, siap menyanyi lagi. kawan aku masa sekolah dulu pernah pakai, so, masa tu aku penat baru balik training, dan berniat untuk ke training lain pula pada malam hari tu. aku tahu aku takkan bangun, jadi aku pinjam jam ni dari dia. serius FUNCTIONNNNN. aku terjaga. vibrate die akan meninggalkan sensasi geli geli minda yang akan buat kau orang geli sampai ke gigi dan takkan boleh tido lagi.




LDF-12-7CVEF CASIO Poptone Vibration Watch 

haaa, jadi, silalah beli jam ni. it comes with lots of colours bydaway. aku pernah tgk warna warna seperti, merah, hitam, kelabu, putih, dan kuning kalau tak silap aku. 


The LDF-12 is a funky modern take on a classic digital watch. The slim design with its smooth resin strap and broad angular coloured LCD face make it stand out in a crowd. The LDF-12 has a discreet vibration alert, dual time, stopwatch, countdown timer and daily alarm.


sekarang ni jam ni dah agak murah dijual di kedai kedai seperti city chain, city town, dan lain lain city. last aku usha, baru RM99 tak silap aku. dari kau orang yang berduet ni beli jam mahal2 tapi tak reti nak guna, better beli yang macam ni. simple and functioning.


jadi, itulah. kerana kena marah punya pasal, aku terpanggil buat entri ni. HAHAHA. maaflah ye buat si pelaku yang marahkan aku tu. bunga mama tu tempting sangat. -.-" heish, jadi sila take note buat semua yang bekerja, mengerja, mahupun dikerjakan, sila beli vibrator ini. eh, maksud aku, jam bervibrator ini. thats all from MY POINT OF VIEW.

No comments:

Post a Comment