im a kampung boy

Monday, April 4, 2011

jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri

Assalamualaikum Wbt. hello semua pembaca. HAHA. aku sekarang ni sedang dalam dillema, dan misteri. misteri ttg perkara2 superstitious ni. bende2 kepercayaan org tuaa. tahu? tak tahu gak? okay, mari aku bagi contoh. korang pernah tak denga nenek2 korang cakap, "jangan bersiul malam2 nanti ular datang" , "jangan sebut lipan malam2 nanti die muncul" , jangan itu, jangan ini. pernahhhh? haaa, jadi, sejauh mana korang nak percaya benda ni? aku tahu, ramai yang tak percaya. guaaaa pon, entah , percaya percaya tak aaa. nak diringkaskan cerita gua, ada sesuatu yang telah terjadi yang telah mengubah kepercayaan gua sikit.


okay, siapa dah baca entri semalam ? aku cerita pasal haiwan haiwan sedikitkan? HAHA, entri itu ditulis malam semalam. dan entri ini sedang diluahkan pade petang hari ni lah kan? HAHAHA. sepatutnya, entri semalam tu telah dipublish lebih kurang sejam lebih awal dari waktu ianya dipublish, nak tahu kenapa???hahah, sedang aku tgh menaip naip kan, specific pada perkataan "LIPAN" tuu, seekor lipan merah telah lalu didepan mata guaa. dan aku telah berlari2 keluar dari bilik dengan tangan diangkat keatas dan menjerit aaaaa kerana takut , besar siut. aku takut, sebab satu sengatan lipan boleh membuat kan kita lumpuh pada bahagian2 yang disengat.heish, dan lipan itu masih hidup berkeliaran di dalam bilik aku kerana die nyorok bawah almari guaaaa. demmmm -.-"





sampai aku kena duk luar bilik, dan dapat bilik baru kat hall rumah.


jadi, korang rasa harus ke kita percaya perkara karut marut ni? aku dulupun tak percaya doe. and sebenarnya, sampai sekarangpon, aku takde lah percaya sangat. tapi, akan berhati hatilah. heish, itulah org kata, selagi tak jadi depan mata, kita mang tak percay benda benda ni. yelah, macam kepercayaan makan otak udang leh bodoh uh, eishh, aku paling tak percayalah ! makcik aku suke naa makan otak udang, doktor je die skg. MUNGKIN bergantung kepada situasi ke camne? haha, kalau makan otak udang rajin je belajar, takdelah bodoh, dan kalau tak makan otak udang tak belajarpon, bodoh jugak? hahaha. maknenya, BELAJARLAH ! jangan tak belajar, baru leh makan otak udang banyak2.


hahaha, perempuan cantek depan mata. feeewit.


karut marut ke, ape ke, aku tak tahu, tapi yang satu ni aku tahu. SEKARANG musim panas, jadi semua binatang binatang ni sedang keluar dari tempat persembunyian mereka untuk cari tempat2 sejuk dan redup. jadi, 


  • korang tgk2lah lantai bilik air korang before masuk tuu. takut terpijak ke ape ke.kan?
  • jangan biarkan pintu rumah korang terbuka luas tanpa ada org duduk kat area2 pintu tu, sebab takut binatang bisa yang besar besar pulak masuk.
  • sentiasa sediakan sheildtox fumakilla atau pape spray, sebab serangga2 ni mudah pening kalau kene spray, kemudian, ketuk kepala dia.
  • jangan panic mcam aku semalam sebab kalau panic nanti,korang lari, die sembunyi, dan sampai bile2pon, korang tak dapat bunuh dia.
  • kalau binatang itu adalah ular, dan ade area2 korang je, sila bakar pape, supaya kawasan itu berasap, sebab ular konpius kalau ade asap, dan sila call bomba secepat mungkin.
haaa, jadi itulah tuuu, sila berhati hati di musim panas ye. (: yang kalau kat musim sejuk tuu, sila pakai sweater supaya tak demam. jadi, itulah jelah untuk hari ni, sikit dari MY POINT OF VIEW.

No comments:

Post a Comment