im a kampung boy

Sunday, July 31, 2011

ribuan terima kasih diucapkan

Assalamualaikum Wbt. selamat malam pembaca pembaca gua yang dikasihi. lama tak update blog kesayangan aku ni. keranan sibuk tgk wayang. hahahaha. al maklumlah, Bumble-bee baru sampai Jepang. T.T hehehe. jadi, sebenarnya, aku masih tak puas hati tahap dewa29 tentang kekalahan kelayakan piala dunia 2014 keatas Singapura pada 28JULY2011 yang lalu. sape rase tidak puas hati?? angkatlah tangannn setelah membaca article yang anda akan baca dibawah.

Datuk K Rajagobal telah banyak berjasa kepada bola sepak negara.Satu juara AFF Suzuki dan satu pingat emas sukan sea.Terima kasih Datuk.Tapi...

.....................................................................................

Datuk mempunyai ego yang sangat tinggi.


Satu Malaysia sudah maklum yang Datuk adalah jurulatih Malaysia.Tetapi pasukan negara kita hak Datuk seorang?Oh,maaf..peminat tiada hak bukan?Sebab Datuk kata "saya lebih kenal pemain saya".Datuk mesti sangat kenal Fakhri Saarani,Amar Rohidan,Fadhli Shas,Muslim Ahmad,Mahali Jasuli,Asraruddin dan Ismail Faruqi bukan?Maaf Datuk,saya bukan nak menyalahkan Datuk.Tentu Datuk lebih nampak apa keistimewaan Fakri Saarani yang kami tidak nampak,malahan Ong Kim Swee pun tidak nampak apabila dia tidak menyenaraikan Fakhri Saarani dalam skuad Olimpik.Atau Datuk masih terhutang budi dengan jaringan dia ketika menang ke atas Thailand pada peringkat kumpulan sukan sea dua tahun lalu?itu cerita dua tahun lepas Datuk.

Datuk memang kenal Amar Rohidan bukan?Amar Rohidan memang akan dapat bermain dalam kesebelasan utama selagi Datuk menjadi jurulatih.Shakir Shaari hanya layak menjadi tukang bagi air untuk Amar Rohidan walaupun prestasi memberangsangkan ditunjukkan olehnya sepanjang musim lepas untuk Kelantan.Maafkan saya Datuk,saya tahu Datuk lebih kenal pemain Datuk.


Apa agaknya masalah Datuk dengan Ashaari Shamsuddin?sejak dari AFF Suzuki CUP lagi Datuk memang tidak memberi peluang untuk dia bermain.Datuk ingat tak bila Datuk memberi dia peluang dia bermain,satu gol disumbangkan olehnya semasa final menentang Indonesi.Tetapi sejak itu,Datuk memang langsung tidak memberi peluang kepada pemain ini.S Kunalan kekal menjadi pilihan utama untuk sayap kiri.Di sini saya ingin memberitahu datuk perbezaan utama Kunalan dan Ashaari.Kunalan memang hebat apabila menggelecek,tetapi kadangkala bersikap terlalu tamak dan tidak selalu menjaringkan gol.

Ashaari pula,pemain yang Datuk paling benci boleh menggelecek seperti Kunalan,laju hampir seperti Kunalan dan boleh menjaringkan gol bahkan dia adalah penjaring terbanyak Liga Super 2010.Tidak salah sesekali memberi peluang untuk Ashaari terutama apabila Kunalan kebuntuan idea di sayap kiri seperti dalam perlawanan malam semalam.Tetapi..Datuk lebih tahu.Maafkan saya.Bahkan,Datuk langsung tidak memberi peluang Ashaari bermain walau apapun situasi Malaysia.Datuk lebih senang menurunkan Izzaq Faris berbanding Ashaari atau Badroll Bakhtiar,seperti semasa menentang Singapura di Stadium Jalan Besar.Maaf kata,Izzaq Faris sangat kurang sesuai bermain dan saya rasa Wan Zack Haikal lebih bagus jikalau betul Datuk ingin menyerap seorang striker muda ke dalam skuad negara.

Saya rasa tidak perlu diadakan Liga Super.Kita tunggu Amar Rohidan,Fakri Saarani,Muslim,Asraruddin,Fadhli Shas,Mahali tua baru kita adakan balik.Apa guna pemain seperti Joseph Kalang Tie,Manaf Mamat,Nurul Azwan Roya,Nur Farhan,Nasriq Baharum,S Subramaniam,Daudsu Jamaluddin(sekadar menyebut beberapa nama) bermain cemerlang dalam Liga Super tetapi masih tidak mendapat tempat dalam skuad kebangsaan?
Maaf kata,pemain kesayangan Datuk,Fakhri Saarani tidak layak langsung disenaraikan jika melihat prestasinya sepanjang musim lepas yang baru berakhir.

Datuk oh Datuk.Fernando Torres,striker berharga 50 juta pun tak dapat main first eleven bila dia tak perform Datuk,Berbatov yang berharga 30 juta pun tak dapat bermain first eleven Manchester United apabila prestasi Chicarito lebih sesuai bermain daripadanya.Sekadar memberi beberapa contoh untuk Datuk.

Datuk pernah menyatakan kekecewaan Datuk apabila melihat penyokong memakai jersi Liverpool,Chelsea dan Arsenal pada perlawanan tempoh hari.Tetapi,semalam,semua penyokong menyokong negara tercinta,menitiskan air mata ketika lagu Negaraku berkumandang,menyanyikan lagu Inilah Barisan Kita dengan seikhlas hati,hanya untuk melihat Datuk menurunkan Ismail Faruqi di bahagian tengah,barisan pemain pertahanan yang sama(setelah Aidil dikeluarkan),dan Fakhri Saarani kesayangan Datuk masuk.Saya duduk dalam kalangan penyokong yang melaungkan "tukar2" untuk Ismail Faruqi,hanya untuk melihat Datuk memasukkan midfielder yang lebih kepada defensive style,K Gurusamay.

Datuk,posisi K Gurusamy dalam skuad olimpik lebih kepada posisi Amar Rohidan dalam skuad Malaysia.Posisi Playmaker dalam skuad Olimpik diisi oleh Gary Steven Robert,sekadar mengingatkan Datuk.

Shakir berterusan tidak mendapat peluang untuk bermain.Datuk,Shakir jauh lebih sesuai untuk masuk sebagai playmaker walaupun dia lebih kepada defensive midfielder kerana dalam musim lepas,semasa kemerosotan prestasi Piya,ada perlawanan yang dia berganding bersama Danial Fadzly dimana dia bertindak sebagai playmaker.Mungkin datuk tak pernah tengok perlawanan Kelantan,maklumlah,pasukan juara liga Super tersebut tidak ada apa2 keistimewaan dimata Datuk melainkan Matyo dan Apek. Jikalau tidak pun,apakah Gurusamy sesuai bermain di saat Malaysia memerlukan gol?maaf,saya rasa Ashaari ataupun Badroll Bakhtiar lebih sesuai dimasukkan kerana mereka boleh dan sangat berkemahiran dari segi menjaringkan gol.


Khairul Fahmi Che Mat,penjaga gol yang sudah terbukti kehebatannya sebenarnya adalah penjaga gol nombor dua dimata Datuk.Datuk sebenarnya hanya menggunakan apek diwaktu terdesak,setelah Sharbinee gagal.Contoh pertama,pada Sukan Asia,Apek telah menunjukkan prestasi yang mengagumkan(Apek dapat bermain setelah Sharbinee cedera).Tetapi,dalam perlawanan perlawanan pertama Suzuki Cup,Datuk tetap mahu menurunkan Sharbinee,hasilnya,Malaysia kalah dengan bangganya 5-1 ditangan Indonesia.Hasil desakan ramai,Datuk menurunkan Apek.Datuk telah lupa,memang Datuk pelupa.Dalam perlawanan menentang Singapura di Jalan Besar,Datuk sekali lagi menurunkan Sharbinee.Hasilnya,dua gol awal Singapura hanya dijeling oleh Sharbinee.Maaf kata,kalau Sharbinee bergerak sedikit,walaupun tidak dapat menyelamatkan bola tersebut,peminat masih boleh menerimanya.Datuk terus membiarkan Sharbinee dan barisan pertahanan tersebut bermain sehingga 5 gol berjaya dijaringkan pemain Singapura.

Hasilnya,kita terpaksa menebus defisit 2 gol dan misi itu gagal.
Dengan kelebihan dua gol,bukan salah Singapura bermain secara kotor melengah-lengah kan masa.Itu adalah salah satu taktik bola sepak,bahkan,skuad seperti Inter Milan bermain dengan enam pemain pertahanan semasa menentang Barcelona untuk ke final Liga Juara-juara dua tahun lepas kerana mereka mempunyai kelebihan gol.Walaupun disifatkan anti football,tetapi hasilnya,mereka berjaya ke final dan menjadi juara pada tahun tersebut,itu adalah cara terbaik bagi pasukan yang mempunyai kelebihan gol.

Disini saya ingin memohon maaf andai kata-kata saya berlebihan,menyinggung perasaan penyokong-penyokong kuat Datuk Rajagobal.Maaf,ini sekadar pendapat peribadi sebab masa zaman kejatuhan bola sepak Malaysia dahulu,inilah punca Malaysia jatuh.Muka sama diberi peluang bermain walaupun tidak beraksi mantap macam Khalid Jamlus,Fadzli Shaari,Syamsuri,Indra n the geng.Start era B sathianathan,dia dah bawak muka2 baru dan Datuk awal-awal dahulu pun sama.Tapi,sekarang.sejar​ah berulang
INGAT LAH DATUK,SIAPA YANG MELUPAKAN SEJARAH PASTI AKAN MENGULANGINYA!

jadi, ini merupakan satu pendapat yang awesome! serius shit!! aku percaya ramai yang dah angkat tangan lepas baca niii kan?? so ini jelah from MY POINT OF VIEW.

karya asal , BOLATALK

Friday, July 29, 2011

talking to the moon

Assalamualaikum Wbt. its 0815hours. teringat sang adik dan sang kakak. semoga mereka di tempat yang tenang. AL FATIHAH.

Talking to The Moon satuuuuuuuuuuu. (':

Thursday, July 28, 2011

kesebelasan utama harimau didikan Dato K



Assalamualaikum Wbt. apakhabar rakyat jelata? diharap sehat sejahtera hendaknya, selepas beberapa hari aku tidak keudara aku rasa sudah tiba masanya untuk aku menyemakkan mata korang dengan post post aku (: jadi hari ini aku nak cakap tentang kejadian yang bakal berlaku beberapa jam dari sekarang. apa yang *MOOV* repekkan niii?

SELAMAT HARI BOLA!!



okay, kejap lagi bermulalah perlawanan epic Malaysia vs Singapore yang dijangka bermula 2045hours waktu tempatan. kat rumah, link streaming live bola dah ada, dah siap segala jajan dan air sedap yang akan membantu aku merancakkan semangat permainan hari ini. selain ituuu, ni khas buat mereka yang ada di rumah mahupun dah sampai stadium, silalah hafal dan dengar bagi semangat terbakar sikittt. *sambil sarung jersey biru Malaysia*






Latest tracks by Sound Of UM07




jadi amacam semangat tak? baiklah, seperti yang aku janjikan, aku nak bagitahu kesebelasan pemain utama malam ini. ini adalah percaturan Dato K The Second kite. sumber aku perolehi dari twitter Malaysia FC.


MALAYSIA XI



  • Khairul Fahmi Che Mat
  • Mahali Jasuli
  • Aidil Zafuan 
  • Fadhil Shas
  • S. Kunalan 
  • Amar Rohidan
  • Ismail Faruqi
  • Badrul Bakhtiar
  • Amirul Hadi
  • Abdul Hadi Yahya
  • Safee Sali.




jadi itulah sedikit info buat mereka yang kaki bola! done with this news, aku harap semua berjalan lancar malam nii. kite kejar 2 goal lagi, sama kan, dan tambah sebanyak boleh! goodluck Malaysian Warrior! berita sukan oleh, MY POINT OF VIEW.

Monday, July 25, 2011

belajar bahasa.

Assalamualaikum Wbt. hello semua. apakhabar semua? sihatkah pembaca pembaca gua? demm, aku sebenarnya dalam keadaan super-mengantuk ni. gile gile mengantukkk. ahaiii. terasa menaip pun mata tertutup. wee. takpelah. jadi, apekah topik hangat hari ini. sebenarnya aku nak soh korang belajar bahasa kelantan. kenapa kenapa? kerana video di bawah ni! okay, aku bukanlah orang yang sangat alim, apatah lagi untuk mengaku agama aku hebat. tsk tsk tsk. tidak tidak. tetapi, aku suke dengar ceramah seorang ustaz ni di Youtube. ceramah beliau memang awesome. dan yang ni, ceramah yang ini, sangat butthurt buat parti parti yang asek bertelegah masa kini. sila dengar, kalau rasa tak faham, kat bawah nanti aku terangkan.



doh dengar molek molek dok? ini semua kerana dah terlalu mix-up between berpolitik dan agama. apa yang ustaz ni cakap? meh aku terangkan.

soalan : pegawai masjid *imam* kawasan org tuu, sokong parti yang tak menjalankan shariah *BN* yang membenarkan sesuatu yang dilarang ALLAH SWT. jadi, adakah sah solat jumaat die, if die pergi masjid, jadi makmun imam tuu, tapi, niat solat subuh. sebab kire die tak yakinlah denganimam BN tuu. die dtg hanya untuk elakkan fitnah masyarakat, sah atau tidak??

jawapan : SALAH! mane boleh daa. aku yang blajar agama tak tinggisangat lagi ni pun, tahu. wahai saudara, sepertimana ustaz ni cakap. imam tuu mmg berdosa sokong parti yg tak jalankan shariah. tapi, die bukan murtad. bukan cam kau sokong org kafir. adefaham?

inilah mentaliti orang melayu. sikit sikit semua benda nak kaitkan agama dalam politik. entah, bagi aku, politik is politik. agama itu pegangan. kuat pegangan agama kalian, buat semua yang perlu, tinggalkan segala yang salah. tapi, masalahnya, parti parti politik kat Malaysia ni sampai boleh kata, tak masuk parti die, murtad terus. siapakah anda untuk menjatuhkan murtad pada umat Islam yang lain? hanya Dia yang mempunyai hak untuk berbuat demikian.

aku nak tanya, kesianlah orang yang islam, tapi duduk Arab, Singapore, Usa. adakah di Negara mereka ada parti ini? atau adakah dalam agama ada kata, nak mengundi, semua rakyat Islam sedunia harus datang ke Malaysia untuk undi parti sekian sekian. takdekan?

kebebasan berparti dan berpolitik sangatlah luas. salah pemimpin, itu tk dapat dipertikaikan. berdosa ikut pemimpin yang salah, mmg betul, tapi jangan kondem kata die itu murtad, non-islamic person segala. sila berfikiran terbuka di era era pembangunan ini. sekarang, aku tak salahkan pemimpin tertiggi mana mana parti. tapi, mentaliti melayu tuu sendiri. aku sendiri tak teragak agak untukmengaku yang aku sangat respect dengan Tuk Guru Nik Aziz kite. die sangat awesome. berjiwa rakyat, tak belagak, islami. tapi tak bermakna, respect, membuatkan aku meinindas yang lain. korang fikirlah sendiri. straight from this video, kauorang leh tgk, mentaliti orang berakal dan beriman. ustaz atas ni, pun sokong Pas. tapi, die tahu mana betul, mana salah. jangan terbawa bawa. so itulah sikit dari MY POINT OF VIEW.

Sunday, July 24, 2011

tips menguatkan otot bontot.

Assalamualaikum Wbt. selamat hari hari pembaca pembaca gua!! sakitperot-demambola-sakithati semalam belum reda lagi. kerana itulah aku terasa rajin nak post entri ni kat blog aku. hesh, maaflah, saja nak tunjukkan yang sebenarnye keeper Sharbini kita telah dibini bini kan player singapore. sebenarnya keeper dah boleh dah meringankan bontot untuk save 1st and 2nd goal lah kannnn? buatlah nampak macam ada effort sikit.

serious!! ini takde langsung lahhhh siutttt. nampak giler yang 1st and 2nd goal tuuu, keeper macam nampak Lisa Surihani yang tengah tendang bola sampai die macam, ---- tak tahu ape nak wat. bile dah masuk goal tuuu, tunjuk tunjuk plak kat player lain. apekahhh??? kalau keeper boleh save kan dua goal awal tuuu, satu semangat memang masih tinggi lah buat players Malaysia, ila dah masuk banyak goal, kat situ perang psikology dah tggi, pulak lagi tambah dengan sapiq rahim kene buang, patut keeper dah boleh hulurkan bontot ringankan beban dah. and kalau goal tuu dapat save, sure sure, Malaysia dah seri dah semalam.

tapi, ni bukanlah nak condemn Encik Sharbini kiteeee, tidak tidak, tapi saje tunjuk ape yang aku nampak kat dalam video kat bawah ni, cube korang tgkkk, dan korang judge sendiri. korang rasa camne?? bergerakkah keeper Mas?? takpe takpe, yang penting semangat Malaysia. keeper tak penting *walaupun senanya aku nak sangat Khairul Fahmi Che Mat main next game*  welll, semuanya terpulang pada Daro K the second kite. HAHAHA. so itulah tuuu. apepon gua nak ucapkan selamat maju jaya buat players malaysia. credit encik youtube yang bagi video ni. dengan itu saya puspawatiramli,melaporkan dari stadium atas tilam untuk MY POINT OF VIEW.


Saturday, July 23, 2011

konklusi MAS-SINGAPORE 1st Match Leg II

Assalamualaikum Wbt. apa khabar warga Malaya?? okay, selesai sudah perlawanan Malaysia versus Singapura atau lebih significant kita panggil Harimau bertemu singa. this is where the Tiger meets the Lion. jadi,apa yang menarik? aku terasa sangat bersemangat untuk buat review awal pertandingan ini. hahaha.


pertamanya, aku pada hari ini terlewat sedikit untuk menonton pertandingan ini. sebabnya, aku tersalah cari link, dan bila dapat link tuu, mari bola pon nampak ada beribu. dan aku akui tak terlintas di kepala otak aku yang seawal saat ke 17 lagi dah ada Goal dari Encik Safee Sali tak silap aku. that was indeed a nice goal. sepatutnya itu dah boleh buat boost semangat dah! tapi, biasalah, nasib maen kat tempat lawan.

actually, looking from the logic side of the view, Singaporean have lots of advantages to be stated here and unfortunately, it is a disadvantage for us. firstly, do you guys notice about the field??? Singaporean uses a fake field. straight from that i assume that Malaysian players face difficulties to predict the ball movements.

susah pemain Malaysia nak agak mana bola tuu melantun. brapa jauh bole tuu boleh pergi, hanya kerana rumput di Stadium Singapore, berbeza dari rumput betul. *plastic* itu dah satu kekurangan besar bagi Malaysia. keduanya, biasalah bermain di tempat orang, dengan begitu ramai supporters pasukan lawan, itu je dah boleh bantu singapore bersemangat 300% lebih dahhh. seterusnya, ketiadaan pemain pemain so-called-hebat Malaysia seperti Aidil, khairul Fahmi, dan tibe2 plak Safiq Rahim kene red card, ituuu je dah cam sakit dah Malaysia kat situu. yang aku bengang, ini semua kerana kedatangan pasukan EPL ke Malaya itu hari. player semua main bagai nak rak untuk friendly camtuuu sampai injured2 sampai perlawanan lebih penting hari ini tak dapat lawan, padahal ini lebih penting.

fikir fikir balik aku tak salah kan percaturan Dato' K Rajagopal untuk tidak memasukkan Fahmi Che Mat. beliau injured, dan disimpan sebaiknya untuk bermain di  Stadium Bukit Jalil nanti mungkin. itu apa yang aku agaklah. sebab tahu keadaan emosi yang tak seimbang di Singapore, jadi dia taknak membazir turunkan KFCM yang dah injured tuu. meskipun keeper Sharbini bermain agak hambar. tapi banyaklah jugak yang dapat dia selamatkan.

tapi satu yang memang tak dapat disangkal, kita takleh pandang rendah pada SINGA ini. aku tak sangkal, diorang bermain dengan baik hari ini. Singapore players did their jobs very well indeed. dengan keputusan akhir Malaysia 3 , Singapore 5 ini, Malaysia hanya membawa bekalan 3 gol berbeza 2 untuk dibawa ke STBJ nanti. hopefully diorang main cemerlanglah!! (: aku doakan dengan padang yang familiar, semangat dan doa dari orang di tanah air, Malaysia akan meledak benteng goal singapore pada 28Aug2011 ini (: sekian berita sukan, saya alfieoranje melaporkan untuk MY POINT OF VIEW.

Friday, July 22, 2011

terlebih gula lah siot!

Assalamualaikum Wbt. hello semua rakyat jelata! maaf, aku sangat sibuk mengemas rumah sang kekasih yang mahu berhijrah beberapa hari ini. bydaway, hari ni aku cam jiwangkaratbesipatah sikit kerana post video di bawah. tapi. ini sangat manisss! hari tu aku ada post perkahwinan epic yang memang awesomeeeeh! tapi ini sangat manis. hihihihi. selamat menonton! iklan gula gula manis dari MY POINT OF VIEW.